Saturday, 7 January 2012

Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat


KUALA LUMPUR 23 Dis: Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Ahmad Kassim.

Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

“Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat,” katanya.

Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).
Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat.

Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.
“Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.

“Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat balik,” katanya dihubungi Keadilandaily.com

sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/12/dokumen-bukti-jamil-khir-salahguna-wang.html

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.
2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.
3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.
4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.
5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...
tudung1

Kuliah Ustaz Azhar di Senawang

azhar idrus

Jadual Kuliah Bulanan Ustaz Azhar N9,KL,S ALAM
*Jom G Kuliah Ustaz Azhar*

Dokumen, Bukti Jamil Khir salahguna wang Zakat.

23 Jun 2011 yang lalu… Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Khamis menafikan laporan Harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali.
Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.
"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di sini Khamis - BERNAMA
Patutlah Jamil Khir nafikan.. memang benar bukannya RM32,000 tapi RM63,500.00 telah digunakan.. lihat dokumen yang disertakan..

Surat yang mendedahkan penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Bersamanya disertakan dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,500.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri.




sila klik pada image untuk lebih jelas
sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/12/dokumen-bukti-jamil-khir-salahguna-wang.html

Video Ucapan DS Anwar Ibrahim di Rapat Rakyat Pulau Pinang..

Ucapan DS Anwar Ibrahim di Rapat Rakyat Pulau Pinang pada Ahad 18 Disember 2011 di Padang Awam Taman Senangan, Teluk Air Tawar, Butterworth..
DSC_0147
DSC_0146









sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/12/video-ucapan-ds-anwar-ibrahim-di-rapat.html

Keterangan Nizar Jamaludin keatas isu AUKU

Peguam, seluruh pimpinan PR pertahan Anwar habis-habisan – Sivarasa

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengekalkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk terus mendengar perbicaraan Fitnah II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sudah dijangka.
Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata, berdasarkan kronologi kes, keputusan seumpama itu bukan sesuatu yang asing khususnya jika melibatkan perbicaran Anwar.
“Jika kita memahami kes ini betul-betul, tiada satupun bukti yang melibatkan Anwar di dalam kes ini. Jelas ia hanya rekaan untuk memenjarakan semula Anwar dan kami selaku peguam bersama seluruh kepimpinan serta pendokong Pakatan Rakyat konsisten untuk mempertahankan beliau habis-habisan sama ada dari dalam dan luar mahkamah,” katanya kepada Keadilan Daily.
Penolakan rayuan itu dibuat oleh panel tiga anggota yang diketuai Hakim, Datuk Low Hop Bing hari ini yang turut membenarkan bantahan awal serta memutuskan bahawa perkara itu tidak boleh dirayu.
Pada 6 Disember tahun lalu, Mohd Zabidin menolak permohonan pihak pembela supaya beliau menarik diri daripada terus mendengar kes tersebut.
Permohonan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa Zabidin mengancam peguam utama Anwar – Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah, selepas Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mahu membatalkan hakim tersebut kerana tidak mematuhi keputusan Mahkamah Agung membabitkan usaha peguam Anwar untuk mendapatkan borang proforma yang dirujuk oleh saksi, Dr Siew Sheue Feng.
Walaupun Zabidin menarik balik kenyataannya itu dan kemudiannya memerintahkan Dr Siew dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyerahkan borang proforma yang digunakan sewaktu melakukan pemeriksaan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi Karpal masih bertegas dengan tindakan membatalkan hakim tersebut dengan alasan wujud bahaya dan berlakunya berat sebelah.
Berikut merupakan senarai penolakan mahkamah terhadap permohonan Anwar:

1. Anwar pernah membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari bahan bukti atas alasan ianya telah tercemar namun Hakim menolak permohonan Anwar tersebut.
Alasan Anwar membuat permohonan tersebut adalah disebabkan pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu ‘tercemar’ kerana Dr Mohd Razali merujuk kepada laporan toksikologi semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan berkenaan (toksikologi) tidak diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada mereka.
2. Anwar memohon agar perbicaraan Fitnah II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes, Saiful Bukhari dan salah seorang anggota pasukan pendakwa.
Bagaimanapuan Hakim Zabidin menolak permohonan Anwar tersebut. Adalah menarik dicatatkan di sini di dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen.
3. Anwar juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwaraya yang menyatakan tiada fakta memihak kepada pihak pembelaan dalam Fitnah II.
Di dalam permohonannya Anwar memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwaraya dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu tidak menepati Seksyen 51A (1)(c) Kanun Prosedur Jenayah, batal dan tidak sah.
Antara fakta yang didakwa Anwar memihak kepada beliau ialah laporan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr Khairul Nizam Hassan, Mohd Razali Ibrahim serta Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala
Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan menolak dengan kos permohonan Anwar tersebut .
4. Anwar sebelum ini memohon Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas sukarelawan KEADILAN, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu.
Peguam Anwar, Karpal Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan.
Seperti yang diduga permohonan Anwar tersebut juga ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin yang menyatakan beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di Mahkmah.
5. Anwar pernah membuat permohonan bagi mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain disediakan tiga pakar HKL yang menjalankan pemeriksaan perubatan terhadap Saiful bagi pembelaan kes Fitnah II.
Dalam permohonannya, Anwar turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Saiful ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga pakar terbabit.
Sekali lagi Hakim menolak permohonan Anwar itu dengan alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan berkenaan
Sumber : http://www.keadilandaily.com/peguam-seluruh-pimpinan-pr-pertahan-anwar-habis-habisan-sivarasa/

Nurul Izzah: Cinta kepada Anwar bukan hanya kerana beliau bapa saya

Seperti biasa, Anwar Ibrahim tampil berucap dengan karismanya, diselit dengan jenaka - seolah-olah tidak terusik dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang bakal diumumkan pada 9 Januari 2012.  Anak sulungnya, Nurul Izzah pula merenung bapanya yang sedang berucap di atas pentas - mungkin antara ceramah terakhir jikalau situasi paling buruk berlaku.20111127_pkr_congress_nurul_izzah_01
"Kita semua terpegun dengan semangat beliau, kerana apa yang beliau lalui bukan sesuatu yang mudah," kata Nurul Izzah (gambar kiri), bersetuju dengan apa yang disifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin bahawa Anwar kelihatan kuat dari segi penampilannya, namun kesemua ini gagal menafikan realiti bahawa "beliau bukan lagi muda".
Nurul Izzah tidak menyelindung kebimbangannya terhadap ayahnya, yang kini mengalami kesakitan bahagian belakang tubuhnya, pada usia 65 tahun.  Pengalaman silam antara sebabnya, apabila dikhabarkan Anwar diracuni arsenik ketika berada dalam penjara.  Kegelisahan sedikit pun tidak terhakis, melihat kepada sistem pada hari ini, yang tidak diyakini Nurul Izzah.
"Saya merenung kembali, cuba menahan rasa takut, rasa sedih.  Kerana pada saya, apapun, bila kita berbuat sesuatu, kita kena ikhlas, termasuk bila ayah berbuat sesuatu.  Ayah ada semangat dan sebab musababnya sendiri," kata Nurul kepada MerdekaReview, selepas ceramah umum di Dewan Gasing Indah, Lembah Pantai, semalam.
Untuk seorang anak, tiada pengganti untuk bapanya, biar apapun yang dipertikaikan untuk tujuan perkiraan politik.  Pertarungan politik terdedah kepada pelbagai kemungkinan dan risiko, dan ada sebab untuk ahli parlimen Lembah Pantai ini gusar terhadap keadaan bapanya - yang akan berdepan dengan ketidaktentuan pada 9 Januari 2012.
"Semua perjuangan kita setakat ini memberi lebih banyak sebab kenapa kita mesti terus melawan Barisan Nasional.  Kerana selagi tidak digantikan pimpinan yang dapat mengembalikan kewibawaan sistem kehakiman, pihak polis, media, selagi itu kita akan berhadapan dengan perkara-perkara sedemikian," katanya.
Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ini tidak melihat keluarganya sahaja yang mengharungi penderitaan ini, ketika ditanya perasaan beliau selaku ahli keluarga Anwar Ibrahim.  "Bukan soal Anwar Ibrahim sahaja, saya nampak begitu ramai keluarga, keluarga Ahmad Sarbani, Aminulrasyid, Teoh Beng Hock, yang merana kerana tidak mendapat keadilan.  Maka, mereka tahu ada campur tangan luar dalam penghukuman, dalam penghakiman."
Beliau mengambil kesempatan membuat seruan, "Harap kita jangan terlepas peluang dalam PRU 13 kerana tidak banyak peluang yang akan datang lagi."
Sebelum tamatnya wawancara yang singkat ini, Nurul Izzah ditanya apakah yang paling ingin diucapkan kepada bapanya, sebagai seorang anak, "Beliau tahu, apa yang saya rasakan untuk beliau, bagaimana saya ambil berat dan sayang kepada beliau.  Dan beliau tahu cinta dan sayang saya untuk beliau disokong dengan prinsip, dan kerana apa yang beliau perjuangkan untuk rakyat."
"Itu bukan hanya kerana beliau bapa saya.  Kerana saya membesar, melihat apa yang beliau lakukan.  Dan saya ingin berterima kasih kepada papa," luahan Nurul Izzah.

sumber : http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12615#.TwfkgsSMg34.facebook

Solat Hajat: Bebas Anwar 901

Video & Gambar : Ribuan Banjiri Majlis Solat Hajat Bebaskan DS Anwar Di Penanti Bukit Mertajam
Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.
Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.
Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.
sumber : http://caiyok-malaysiamaju.blogspot.com/2012/01/video-gambar-ribuan-banjiri-majlis.html

Tan Sri Khalid Ibrahim membidas tindakan Najib

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat enggan meluluskan projek-projek perumahan di di beberapa kawasan felda di Hulu Selangor.18061M Tan Sri Khalid Ibrahim

"Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda." kata Khalid.
Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di felda itu seperti yang didakwa Perdana Menteri.

"Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.
"Kerajaan Negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk Perdana Menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu," kata Menteri Besar.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana didakwa enggan meluluskan projek-projek perumahan di felda-felda di Hulu Selangor.

Menteri Besar juga berkata, semakan dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor juga mendapati terdapat satu cadangan pada awal tahun 1990-an itu dari Felda untuk projek pembangunan di Felda Gedangsa tetapi ditolak oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional ketika itu kerana kegagalan projek pembangunan semula di Felda Sungai Buaya
Menteri Besar kecewa kerana Perdana Menteri menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan UMNO-BN menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of najib peningLife. Tiada alasan untuk Kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda.
"Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik Kerajaan Negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri tidak menerima bayaran satu sen pun," katanya.
Perdana Menteri perlu mengkaji fakta sebelum membuat tuduhan tidak berasas kerana Kerajaan Negeri mengadakan reformasi pengurusan dan pentadbiran tanah secara berterusan bagi mengalakkan rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri.
Sumber Dari :
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/01/dari-tan-sri-khalid-kepada-najib.html

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Asalamualaikum,
Disini saya ingin kongsikan dakwah dan maklumat berkaitan PAS di pekan Rembau Insyaallah ia dapat memberi manfaat kepada semua.

saya akan guna apa juga chanel yg ada termasuk parti politik agar agenda saya utk saksikan Malaysia laksana hukum Allah SWT menjadi kenyataan...

Sekian Dimaklumkan.

Asalamualaikum

Asalamualaikum,
Disini saya ingin kongsikan dakwah dan maklumat berkaitan PAS di pekan Rembau Insyaallah ia dapat memberi manfaat kepada semua.

saya akan guna apa juga chanel yg ada termasuk parti politik agar agenda saya utk saksikan Malaysia laksana hukum Allah SWT menjadi kenyataan...

Sekian Dimaklumkan.

381757_2226074031693_1843075829_1444711_1659930100_n

Tajuk berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...