Friday, 20 January 2012

PAKATAN RAKYAT MENTADBIR PUSAT = TOL PERCUMA

Saya nak terangkan pada PENGANUT umno bn, mengapa PR boleh berjanji macam-macam apabila mereka mendapat PUTRAJAYA (KERAJAAN PUSAT) terutama melibatkan perbelanjaan mega, mengapa tak buat sekarang?. Sebelum anda beri alasan bodoh lebih baik anda balik semak dahulu berapa belanjawan negara dan negeri, berapa pendapatan dan negeri, selangor negeri terkaya di malaysia pun belanjawan mereka cuma sekitar 1.5 billion, sedang kerajaan pusat adalah 232.8 billion, jauh tak beza pusat dan negeri? Pusat kaut lebih 90% hasil negara, sebab tu semuanya (belanja mega) dijanji bila dapat pusat nanti - IAR LIM GUAN ENG :

Beliau sambil merujuk kepada peratus keuntungan berlipat kali ganda yang diperolehi dari projek-projek lebuh raya seluruh negara. Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877% daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta. Tambah mengejutkan ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan 308% sebanyak RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038. Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202%), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149%) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion.

 

sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=276553689075708&set=a.154231931307885.35578.153417568055988&type=3&theater

PENDEDAHAN : BR1M Tiada motif politik ? - BN membodohkan rakyat.

SEMPORNA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.
Timbalan Perdana Menteri berkata program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.3
"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Muhyiddin berkata program bantuan rakyat berkenaan merupakan tindakan susulan daripada maklumat balas rakyat yang diterima Perdana Menteri ketika melakukan proram turun padang yang mendapati satu daripada masalah yang ditimbulkan rakyat ialah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Katanya sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program bantuan sentuhan rakyat termasuk BR1M.5
Selain bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 kerajaan turut memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer pembelian buku bernilai RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.
"Nampaknya yang mendapat manfaat BR1M ini ramai iaitu membabitkan empat juta isi rumah dengan perlbelanjaan sekitar RM2 bilion. Bila pembangkang melihat
rakyat yang menerima faedah bantuan ini, mereka sudah mula risau dengan kita.
"Pembangkang nampaknya cuma memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bintang dan bulan termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN, menghapuskan bayaran tol. Ini semuanya tidak praktikal kerana kalau kita hapuskan PTPTN bagaimana kita nak beri peluang kepada pelajar untuk dapat ilmu.
"Begitu juga dengan tol. Syarikat membelanjakan berbilion ringgit untuk membina kemudahan (jalan raya) untuk rakyat. Kalau tidak ada tol, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi, tak praktikal.4
"Berbeza dengan janji Barisan Nasional iaitu BR1M. Kita sudah agih bantuan kepada rakyat," katanya.
Muhyiddin berkata Perdana Menteri turut memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk dalam soal keselamatan, soal pendidikan, soal membanteras rasuah dan penambah baikan sistem pengangkutan awam di negara ini.
Katanya Malaysia adalah antara negara paling selamat di dunia sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, dengan negara sentiasa aman.
"Begitu juga dengan soal membanteras jenayah. NKRA kita telah mencapai sasaran untuk kurangkan kadar jenayah sehingga 26 peratus," katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan memberi penekanan soal pendidikan dengan peruntukan yang tertinggi iaitu 26 peratus daripada peruntukan negara dan berbilion ringgit pula dibelanjakan untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan luar bandar tercapai demi membela rakyat.
Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN dan berharap rakyat Sabah keseluruhannya akan terus memberi sokongan
kepada BN pada pilihan raya akan datang. – Bernama

1

2

sumber : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.275843645813379.69356.153417568055988&type=3

Pelajar Kedua Yang Mengugut Najib!!

"Sebelum ini ‘bom helikopter’, kali ini ‘tembak kapal terbang’. Tak sampai seminggu dari kes sebelum ini, pelajar USM yang mengugut dalam Facebook. Macam bermusim pula. Pelajar menggunakan bahasa yang tak sepatutnya, mungkin bergurau tapi pasti mereka tak sukakan PM Najib.
Polis siasat pelajar 1Malaysia berbangsa India sebelum ini. Kali ini, amoi pelajar berbangsa Cina yang belajar IPTS swasta dari Kuala Muda, Kedah yang menggunakan nama Peinee Teoh disiasat polis kerana mengugut PM Najib di Facebook.

Kenapa ramai yang meluahkan begitu disebalik transformasi Najib?

Pelajar wanita IPTS guna Facebook ugut PM

ALOR SETAR – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Facebook.

Ia kejadian kedua membabitkan penuntut IPT dalam tempoh seminggu ini.

Laporan Bernama menyebut, penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

“Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.

“Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan,” kata Ahmad.

Katanya, memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.

“Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.

“Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

sumber : EkELEH.com

Skandal imbuhan pembelian Scorpene RM7.6 billion

 

Beribu batu jauhnya, peguam Perancis, Joseph Breham sedang dalam persiapan terakhir sebelum muncul di kota London malam ini. Beliau diberitakan akan bercakap dihadapan para hadirin antarabangsa, memperjelaskan maklumat terkini tentang siasatan kes berprofil tinggi yang mana syarikat gergasi senjata DCN telah membayar imbuhan kepada wakil kerajaan Malaysia termasuklah kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Breham yang juga anggota Pertubuhan Peguamcara Hak Asasi Manusia Antarabangsa, telah dilantik oleh Suaram untuk mewakilinya dalam memfail aduan terhadap DCN di kota Paris awal 2010.

Skandal imbuhan pembelian Scorpene itu sebenarnya kecil berbanding dengan kes-kes rasuah yang lebih besar yang melibatkan penjualan senjata berat di seluruh dunia. Bukan sahaja DCN didakwa merasuah wakil rasmi kerajaan Malaysia untuk memeterai rundingan jual-beli senjata tetapi siasatan yang sama telah dilakukan di Taiwan dan Pakistan. Namun, malam ini di kota London, isunya ialah kes di Malaysia.

Breham dikatakan akan menyentuh tentang isu rumit rundingan jual-belisenjata yang melibatkan jumlah RM7 bilion, yang mana Najib sebagai Menteri Pertahanan ketika itu telah bersetuju dengan pembelian dua buah kapal selam terpakai jenis Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta.

Razak Baginda dan Perimekar

Turut terlibat di dalam jual-beli ini ialah rakan karib Najib iaitu Razak Baginda, yang bertindak sebagai proksi dalam menjayakan rundingan itu, dan Altantuya Shaaribuu, seorang wanita Mongolia yang bertindak sebagai jurubahasa untuk Baginda. Wanita itu yang dikatakan seorang kekasihnya pernah diberitakan mendampingi Najib. Malangnya, beliau telah dibunuh pada tahun 2006 di Kuala Lumpur oleh dua orang pengawal peribadi Perdana Menteri itu.

Perimekar yang sebelum ini tidak pernah terdengar merupakan sebuah firma kecil milik isteri Razak Baginda, yang bertindak sebagai pengantara bagi menjayakan pembelian kapal selam itu oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Sebagai habuan, Perimekar dibayar 114 juta Euro atau RM570 juta, namun perkataan ‘komisen – imbuhan’ tidak digunapakai, dan di dalam Parlimen negara, perkataan itu dimaksudkan dengan imbuhan lumayan kepada Perimekar atas perkhidmatan dan koordinasinya.

“Saya merasakan tidak perlu untuk kita membawa isu ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana rundingan jual-beli itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, dan pembelian kapal selam itu adalah sah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. Jawab Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi yang dipetik dari the Star pada Julai 2010.

Situasi ini berlaku di Malaysia dimana para menteri bersumpah taat setia kepada ‘ketua penyamun’, parti politiknya dan barulah rakyat Malaysia. Oleh sebab itulah Suaram terpanggil untuk membuat laporan di luar negara selepas gagal melancarkan pendakwaan di negara sendiri.

Masalah besar

Perjuangan kental Suaram melawan rasuah besar dilihat semakin membuahkan hasil. Parti UMNO pimpinan Najib mula menjadi resah tak senang duduk. Para pemimpin Majlis Tertinggi mula tidak selesa apabila dipersoal oleh rakyat sendiri, pemimpin dunia tersohor dan ahli perniagaan taraf dunia, kenapa parti mereka menghalalkan rasuah berskala besar yang dibuat tanpa rasa malu ini?

RM570 million bukanlah satu jumlah yang kecil, ditambah pula ada lagi berita-berita buruk yang berkaitan akan muncul. Malaysia sangat malang apabila membayar harga yang terlalu tinggi untuk kapal selam yang tidak sesuai untuk perairan negara dan ditambah lagi proses penyelenggaraan yang melampau mahal mengakibatkan jumlah kos untuk sebuah kapal selam Scorpene ini dua kali ganda harga tawaran iaitu RM7 bilion.

“Najib telah diberikan waktu yang cukup untuk menjelaskan isu ini tetapi sebaliknya menghantar pulang peguam William Bourdon. Jika beliau tidak bersalah, beliau sepatutnya memanggil untuk diwujudkan siasatan terbuka untuk membersihkan nama baiknya tetapi dia memilih sebaliknya, menampakkan beliau sebenarnya bermasalah,” ujar Timbalan PResiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

“Sehingga kini, skandal itu menjadi besar dan tidak boleh disorokkan lagi. UMNO sedang menebal mukanya dalam mengharungi PRU-13 dan mungkin selepas itu akan menghumban Najib keluar. Imej tercalar yang ditimbulkan Najib memang sudah tidak dapat diperbaiki lagi. Rakan sejawat di dalam parti yang tidak bersalah turut terpalit, sama ada secara langsung atau tidak langsung.”

Kaitan Lodin Wok dan Scorpenes

Menurut sumber kabel diplomat dari kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, yang didedahkan oleh Wikileaks awal tahun ini menyatakan nama beberapa orang rakan Najib yang turut terlibat dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene itu turut disebut-sebut.

Salah satu daripadanya ialah Lodin Wok Kamaruddin, ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Lodin bagaimanapun menyangkal spekulasi itu namun beliau tidak mahu menjelaskan dakwaan yang beliau terlibat langsung dalam urusan jual-beli itu.

Bukan sahaja Lodin menjawat jawatan sebagai ahli lembaga Perimekar yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera tetapi namanya turut dipetik di dalam sebuah firma BIHC yang mengambil-alih firma Perimekar dalam kontrak urusan koordinasi dan perkhidmatan penyelenggaraan bermula pada  tahun 2010 yang lalu.

Apakah ‘peralihan korporat’ terkesan kerana skandal Perimekar yang semakin hangat ini? Juga, kenapa kontrak koordinasi dan perkhidmatan oenyeleggaraan diketepikan dan diambil-alih oleh firma baru Lodin? Dan apakah jumlah RM114 juta milik Perimekar itu hanyalah sebagai ‘wang pelincir’? Atau apakah ada lagi pembayaran yang akan diterima?

Soalan penting yang penting untuk dijawab. Mungkin Breham akan membawa kita kepada persoalan itu malam ini.

BHIC ambil-alih Perimekar?

Sementara itu, cuba kita menjenguk Lodin Wok Kamaruddin sekali lagi. Selain jawatannya di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera, beliau juga ialah timbalan pengerusi Boustead Holdings Berhad. Dua syarikat tersebut mempunyai 20% saham setiap satu di dalam Perimekar melalui syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd. Selebihnya iaitu 60% saham dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut.

Menurut laporan kewangan Perimekar, Lodin Wok Kamaruddin merupakan seorang dari lima pengarah urusan Perimekar selain daripada isteri Razak Baginda Mazlinda Makhzan, Rozana Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby. Lodin juga pernah menjadi ahli lembaga kepada Affin Bank Berhad, yang merupakan antara bank pendana utama syarikat Perimekar.

Semua ‘kebetulan-kebetulan’ tentang pembelian kapal selam ini boleh membuatkan tidur ahli perniagaan berusia 61 tahun ini tidak nyenyak. Walaubagaimanapun, ketika dihubungi, Lodin cuma menyatakan yang beliau sudahpun bersara dari lembaga syarikat Perimekar pada 1 Julai 2010 selepas syarikat itu menamatkan kontrak dengan kerajaan sesuai penghantaran dua buah kapal selam Scorpene kepada negara. Beliau turut berkata yang beliau ialah pengarah syarikat itu yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Namun, Perimekar bukanlah satu syarikat sahaja yang terlibat di dalam jual-beli kapal selam Scorpene itu. Penglibatan Lodin lebih dari itu. Beliau juga merupakan pengerusi syarikat Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC)

Dan anak syarikat BHIC iaitu Boustead DCNS Naval Corp, telah dianugerahkan kontrak bernilai RM532 juta berkaitan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan. Syarikat itu sekarang menguruskan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam itu untuk tahun 2010- 2015.

Syarikat Boustead DCNS Naval Corp adalah sebuah syarikat gabungan 60:40 antara BHIC Defense Technologies dan DCNS berpangkalan di Perancis sejak tahun 2009.

“Lodin merupakan watak penting ketika Najib menjawat jawatan Menteri Pertahanan semasa pembelian itu berlaku pada tahun 2002,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Melihat akan kenaikkan harga barang dan keresahan rakyat jelata tentang kegawatan ekonomi, pentadbiran Najib telah bermuslihat, berjanji untuk memperuntukkan lebih banyak dana kepada umum dan peruntukkan pembelian senjata direndahkan. Tahun 2010 yang lalu, Najib telah meluluskan peruntukkan belanjawan sebanyak RM9.1 bilion kepada Kementerian Pertahanan iaitu penurunan sebanyak RM1.5 bilion dari tahun 2009. Walaubagaimanapun, dalam tahun 2011, angka peruntukkan kembali meningkat kepada RM11 bilion, rentetan dari peruntukkan tambahan sebanyak RM500 juta akibat ‘anggaran paras rendah’ untuk perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam kontroversi itu.

Adakah ini juga sebuah rundingan syarikat BHIC?

sumber : http://anwaribrahimblog.com/2011/10/02/skandal-scorpene-lodin-wok-dan-rakan-korporat-najib-mungkin-dipetik/

Gempar!! Ahli Majlis PBT Dapat Video Seks Free.

PETALING JAYA, 20 JAN - Pengedaran video aib yang memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini disasarkan kepada ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor. Yang peliknya, VCD tersebut diposkan di dalam satu sampul bersama surat yang memaparkan ajaran Islam tentang dosa orang yang mengumpat.

Terkini, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya oleh dua orang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mahharul Ismail dan Halimey Abu Bakar.

Mereka mendakwa menerima salinan VCD video aksi seks lelaki dikatakan mirip Anwar dengan seorang perempuan iras bangsa Cina dua hari lepas di alamat kediaman dan pejabat mereka. VCD tersebut diposkan di dalam sampul beserta surat itu.

Antara kandungan surat tersebut adalah :

"Islam mewajibkan umatnya menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak baik antaranya ialah mengumpat. Mengumpat ialah menyebarkan keaiban atau memburukkan orang melalui lidah." "Kami membuat laporan ini supaya pihak polis dapat menyiasat siapa yang menghantarnya tanpa penama dan diharap dapat juga menyiasat motif penghantaran VCD ini.

"VCD ini bukan sahaja diedarkan kepada ahli majlis MBPJ tetapi juga ahli-ahli majlis seluruh negeri Selangor ujar Halimey."  Maharrul berkata laporan itu juga dibuat sebagai tanda kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan VCD lucah tersebut.

"Ini juga merupakan satu kesalahan mengikut akta kesalahan jenayah atas kesalahan memiliki atau mengedar bahan lucah terutama diedarkan kepada penjawat awam," tegas Maharrul yang menerima salinan VCD itu di pejabatnya Rabu lalu.
Kedua ahli majlis MBPJ tersebut turut menyatakan kemungkinan pengedaran VCD ini bermotifkan fitnah politik kerana ianya disasarkan kepada penjawat awam dan diedarkan selepas Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat.

"Fitnah ini semata-mata untuk menggambarkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang Malaysia ini tidak bermoral. Jadi kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana ini merupakan jenayah berat," kata Maharrul.
Sumber : 
Gempar!! Ahli Majlis PBT Dapat Video Seks Free..

Rakyat Malaysia memandang hina seluruh pemimpin dari Parti Barisan Nasional terutamanya UMNO


Pemimpin No 1 Malaysia kemungkinan menghadapi kesukaran untuk memenangi PRU13. Ini berikutan pandangan majoriti rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan agenda fitnah dan masalah pentadbiran Barisan Nasional yang dicurigai oleh rakyat akibat rasuah yang tidak dapat dibendung di dalam negara kita.

Kebangkitan rasa benci rakyat Malaysia bertambah apabila mediamasa seolah-olah buat-buat tidak faham tentang fitnah dan Hukum Allah. Akibatnya rakyat Malaysia memandang hina seluruh pemimpin dari Parti Barisan Nasional terutamanya UMNO. Berikut adalah sedikit sebanyak tohmahan dan penghinaan yang dikumpul oleh rakan blogger

Apalah nasib perdana menteri malaysia ni, mungkin rata-rata rakyat sudah cukup benci padanya, terbaru kes 2 orang mahasiswa lemparkan ugutan kepada najib, terfikirkan kita kenapa jadi begitu, kenapa sebahagian rakyat jadi meluat kepada suami rosmah itu.
Najib sedang sibuk memulihkan imejnya terbaru
najib sedang sibuk memperkenalkan islam wasatiahnya, wasatiah secara ringkasnya membawa maksud keserdehanaan, namun dengan penampilan rosmah yang boros adakah najib mengamalkan konsept tersebut?
Bercerita tentang wasatiah najib cuba membuat kajiselidik yang akhirnya memakan diri sendiri.

Najib cuba bertanya berapa buah kereta yang dimiliki satu keluarga pada kajiselidiknya, soalan itu diajukan melalui twitter dan dipaparkan di laman Facebook, namun mungkin najib tidak menjangka rakyat memberi sambutan yang terlampau hangat sekali, mungkin telinga najib akan merah kemerahan, itu pun jika dia sanggup membaca setiap komen tersebut.

Kebanyakkan komen yang diberikan adalah komen-komen yang menyindir soalan tersebut, malah ada juga yang meminta najib lebih perihatain terhadap masalah lain berbanding dengan soalan tentang berapa buah kenderaan yang dimiliki.
Namun ada beberapa komen-komen yang mencuit hati, "tukanglawan" hanya mampu memilih 10 komen yang mencuit hati, mungkin banyak lagi yang beri komen serupa, namun tidak sempat "tukanglawan" salin semuanya.
Sila baca komen-komen yang telah tukanglawan pilih dibawah.

Mungkin komen-komen diatas mencuit hati kita, namun kita perlu fikir kembali, kenapa rakyat marhaen seperti kita begitu berani sekarang mempersenda pemimpin- pemimpin umno, mereka tidak lagi menghormati perdana menteri sebagai seorang pemimpin.
Fikir-fikirkan lah, jika anda bijak anda akan tahu mengapa mereka sudah berani memperlekeh najib.

 

sumber : http://tukanglawan.blogspot.com/2012/01/soalan-najib-diperlekeh-rakyat-mesti.html

Jangan Tolak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang diberikan : Nik Aziz

Abu Khaibar

Nik Aziz: Boleh ambil BR1M, tapi undi 'bulan'

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat Kelantan agar jangan menolak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.

"Apa yang diumumkan oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) (bantuan) sebanyak RM500 itu, saya minta rakyat terima.

"Yang gantung (kain rentang) tu mengarut sahaja...nak bagi berapa pun ambil tapi bila mengundi, undi bulan," katanya sambil menafikan beliau ada kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang menggantung kain rentang yang tertera gambarnya dan kenyataan bahawa pemberian sebanyak RM500 itu adalah haram.

Pihak tidak bertanggungjawab yang mengantung kain rentang itu berbuat demikian kerana kecewa, katanya kepada pemberita semasa meninjau hakisan akibat ombak besar di kawasan pantai di Bachok, hari ini.

.................

500

RAKYAT YANG BERFIKIRAN MAJU DAN BIJAK AKAN MENERIMA WANG BR1M RM500.00, MALAH JIKA DIBERI LEBIH DARI ITU PUN WAJID DIAMBIL, SEBAB WANG ITU BUKAN WANG SESIAPA, WANG KITA SEMUA.

KITA YANG BAYAR CUKAI ITU.....CUKAI INI....BAYAR PERKHIDMATAN ITU...PERKHIDMATAN INI.....BAYAR DENDA ITU...ITU DENDA INI....APAKAH SALAH JIKA KITA MENGAMBIL WANG KITA SENDIRI?

GAJI DAN SEGALA ELAUAN SEMUA PEMIMPIN PUN KITA YANG BAYAR

CUBA TANYA MEREKA ADAKAH GAJI DAN ELAUN YANG MEREKA TERIMA ITU DIBAYAR DARI WANG PUSAKA PENINGGALAN DATOK NENEK MOYANG MEREKA?

APAKAH MODAL UTK PROJEK LEMBU SEBANYAK 250 JUTA YANG JADI KONTROVESI ITU BUKAN DARI WANG KITA SEMUA?

SEJAK TAHUN 2008 HINGGALAH SEKARANG BARU SEKALI DIBERI BR1M RM500.00, INI PUN MUNGKIN KERANA DAH MASUK `MUSIM UTK MENGUNDI`. SELEPAS INI ENTAH ADA ENTAH TIDAK BR1M HANYA ALLAH SAJA YANG MENGENTAHUI.

BERFIKIRLAH SECARA BERILMU, FAHAM DAN MERDEKA....JANGAN DOK BERFIKIR SECARA JIWA HAMBA..JIWA YANG DIJAJAH.

sumber : http://www.facebook.com/groups/pejuangkebenaran/permalink/274222102634803/

Tengku Razaleig Bongkar Isu Petronas

TONTON, FAHAM DAN SEBARKAN. TERIMA KASIH PETRONAS TANGGUNG HUTANG PROTON 9 BILLION, RAKYAT TANGGUNG SUBSIDI PROTON MELALUI CUKAI. DULU, KINI & SELAMANYA RAKYAT MALAYSIA DIPERBODOHKAN.

 

sumber : http://www.facebook.com/photo.php?v=2286837189232

 

Video Polis Bertindak Ganas Dalam Perhimpunan BERSIH 2.0

  Untuk isu BERSIH ini saya sekarang ini lebih banyak menjadi pemerhati. Dalam artikel ini sebenarnya untuk respon kepada berita yang dikeluarkan oleh Mstar hari ini yang bertajuk “Bersih 2.0: Dakwaan Polis Ganas, Semua Rakaman Video Diteliti“.

Jadi saya cuba untuk kumpul beberapa video dari youtube mengenai dakwaan ini apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan ingin mengambil tindakan kepada blogger/media atau sesiapa sahaja jika membuat tuduhan palsu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sehubungan itu menegaskan, tindakan akan diambil ke atas mana-mana media termasuk dalam talian dan blogger jika mereka membuat laporan yang tidak tepat.

Beberapa video yang saya jumpa di youtube dan dikongsi di twitter :

Video 1 : Euronews

Dalam rangkuman berita ini dapat dilihat pada minit 0:20 seorang lelaki dengan muka berdarah ketika ditahan oleh pihak polis. Minit ke 0:58 seorang lelaki ditahan/diheret polis sambil beberapa polis lain bertindak menyepak mangsa.

Video 2 : hiruleze84

Dalam video ini tiada menunjukan tindakan ganas oleh pihak polis tetapi hanya dakwaan dari peserta Bersih 2.0 mengenai tindakan polis ketika hari tersebut.

Video 3 : TVSelangor09

Lelaki dalam video ini didakwa, kakinya patah 3 kerana dipijak polis. Tangan juga nampak seperti telah diikat oleh polis tetapi dalam video ini tidak nampak disekeliling mangsa ada anggota polis. Apa yang dapat dilihat adalah kesan tapak kasut polis pada kaki seluar mangsa.

Mungkin mangsa ditinggalkan oleh pihak polis selepas mangsa patah kaki (andaian sahaja)

Video 4 : AlJazeeraEnglish

Pada minit 0:10 anda dapat lihat para peserta duduk berhimpun dihadapan FRU kemudian ditembak dengan gas  untuk menyuraikan mereka. Namun peserta tidak berganjak lalu FRU meluru ke arah salah sorang dan terajang dikuti dengan polis-polis lain join skali.

Dan inilah kebenaran apa yang berlaku…Segalanya menceritakan…

Saya juga seperti saudara yang ‘buat’ video ini, tidak menyebelahi mana-mana parti politik(sebelum ini) tapi sedang memerhati untuk mengundi buat pertama kali!!!

Siapa anda lebih percaya dalam isu ini?? Blogger,rakan-rakan atau Media pihak kerajaan??

Disebalik video-video kekecohan tersebut, sebenarnya wujud perhimpunanan aman yang tidak diganggu oleh pihak polis.

Video oleh ineza

Lain-lain #bersihstories ditwitter. ”Aku masih menilai dan mencari hala tuju siapa harusku undi”

sumber : http://selangor2u.com/blog/2011/07/video-polis-bertindak-ganas-dalam-perhimpunan-bersih-2-0/

Polis yg bertindak ganas

Rasanya semua kita masih ingat siapa mamat konstable yang dok belasah sahabat-sahabat semasa perhimpunan BERSIH 02 Julai tahun lepas... Rupa-rupa ini orangnya.... dia nak pergi kemana,,, ada sehabat kita yang dah menjumpainya... jadi pakat-pakat sebarkan muka mamat konstable ni yang menyamar jadi ketua PAS zon Gombak masuk UMNO.... sejak bila PAS ada ZON.....

 403729_313212102054981_100000985824082_908522_1040252299_n

Game 'Aku Jimat' ala Rosmah pulakdah!!

Menurut pengusaha permainan Antartica Group , permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.

Boleh belajar cara cara menabung sejak dari kecil kemudiannya boleh beli cincin berlian $24juta, beg birkin, rumah banglo, kereta mewah dan sebagainya...

Satu saja masaalahnya ialah ianya hanya compatible untuk iPhone, iPod touch dan iPad..

Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk membolehkan mereka ‘membeli-belah’.

Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.

Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

Untuk download sila klik di SINI

sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/01/game-aku-jimat-ala-rosmah-pulakdah.html

Kenyataan Khalid Ibrahim Berkaitan Exco Agama Selangor

Sudah menjadi "kewajipan semua umat Islam perjuangkan ISLAM tanpa mengira PARTI", maka khalid ibrahim adalah seorang muslim, beliau juga berhak memegang urusan umat islam. Maka umno perlu mengenal org ISLAM dan bukan ISLAM.
ISLAM mengatasi politik, maka selagi "perjuangan ISLAM sebenar dilaksanakan maka saya rasa x jadi masalah pada PAS"
Hari ini UMNO pertikai mengapa Khalid Ibrahim ambil alih tugas Exco Hal Ehwal Islam S'gor, "Demi menghalalkan perbuatan makan wang zakat", UMNO gagal bezakan org ISLAM dan org kafir.

kenyataan - Apa Kata Khalid Samad ?


SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pertimbangan yang tepat apabila mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam agar institusi agama Islam di Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dapat dipantau beliau sebaik mungkin.

Timbalan Pesuruhanjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, dengan kedudukan sebagai Menteri Besar, sudah pasti Abdul Khalid boleh mengendalikannya dan meluruskan perkara yang ‘bengkok’ dalam Jais dan Mais termasih soal zakat dan isu-isu yang ditimbulkan tetapi tidak diberikan jawapan wajar.
“Kalau diletakkan orang baru, kita khuatir dia mungkin akan dipermainkan oleh Umno yang akan menggunakan Jais dan Mais untuk kepentingan mereka dan itu akan menimbulkan masalah tetapi kalau Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang pegang, baru bertemu buku dengan ruas,” katanya.
Khalid berkata, lebih elok portfolio itu dipegang Abdul Khalid kerana beliau lebih arif dan berpengalaman mengendalikan berbanding individu lain yang memerlukan masa untuk menguasai portfolio tersebut.
“Tiada masalah Menteri Besar pegang kerana pilihan raya dijangka sudah menghampiri, Exco yang diberi tanggungjawab memerlukan masa untuk menyesuaikan dan memahami selok belok portfolio berkenaan. Ia akan menjadi sedikit masalah bagi orang baru untuk mengendalikannya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan Pas dipinggirkan apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam hanyalah andaian pihak media.
“Tidak timbul soal Pas dipinggirkan kerana itu adalah andaian pihak media untuk memainkan isu sahaja. Setiap keputusan yang dibuat (oleh Abdul Khalid), yang sudah pun diperincikan dalam mesyuarat parti,” katanya.
Beliau berkata, rombakan dan pertukaran portfolio bukan suatu perkara yang mengejutkan kerana setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, soalan ditujukan kepada Abdul Khalid.
“Itu jelas menunjukkan semua portfolio adalah tanggungjawab Menteri Besar. Kita harus faham, apabila disebut Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, kebertanggungjawaban terletak di bahu menteri besar,” katanya.
Sinar Harian

Gerakan Mansuhkan AUKU

Nasrudin Hassan

KUIN dan AUKU 1. Saya menulis saat ramai orang sedang enak tidur di buai mimpi. Sejurus tiba dari Kuala Lumpur sebentar tadi, jam menunjukkan 2.30 am. Bukan sahaja saya tidak mampu tantawimelelapkan mata tetapi juga resah mengenang masa depan yang tentunya menjanjikan 1001 cabaran buat diri saya dan perjuangan Islam yang saya dokong ini. 2. Antara yang benar - benar mengganggu keselesaan dan mengusik jiwa muda saya buat masa ini ialah isu KUIN dan AUKU. Sekian lama saya berlunak dengan semua pihak bagi menjernihkan suasana dan meredakan keadaan. Sebelah kanan saya ialah bapa yang banyak membekal ilmu, hikmah dan pengalaman berjuang sementara sebelah kiri saya ialah adik - adik yang meronta mohon diadili selayaknya.

Sementara saya masih berdiri digaris tengah dengan tetap mempertahankan prinsip perjuangan suci yang saya galas sejak sekian lama. 3. Sebahagian prinsip yang saya maksudkan itu ialah pendirian saya dan pendirian Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap AUKU. Jelas pendirian kami sehingga kini tidak berubah iaitu mansuhkan AUKU. Sebagaimana saya pernah ke lokap, bermandi air asid dan bersimbah gas pemedih mata memperjuangkan pendirian Mansuhkan ISA, maka demikianlah saya dan rakan - rakan pemuda konsisten berjuang untuk mansuhkan AUKU bukan memindanya seperti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO dan BN. Terbaru saya telah meminta agar JUHAM DPPM menghantar memorandum bantahan AUKU dan RUU Himpunan Aman kepada kementerian yang terbabit, tetapi tertangguh atas faktor kesesuaian masa dan pertembungan program.

Insyaallah ia akan di"proceed" dalam tempoh terdekat. 4. Pendirian ini bukan kepada kes - kes tertentu atau universiti dan kolej tertentu tetapi meliputi semua termasuk KUIN yang berada di bawah Kerajaan Negeri Kedah dan ianya ditadbir oleh Pakatan Rakyat sementara Menteri Besarnya dari PAS. Pendirian kami tidak berubah dan tegas. Malah beberapa kali telah saya kemukakan samaada dihadapan YAB Menteri Besar sendiri, mahupun melewati kenyataan media yang menggesa agar KUIN bertindak wajar dan tidak menggantung 5 orang mahasiswanya. 5. Namun, cara dan pendekatan saya mungkin berbeza dengan pihak lain termasuk sebahagian mahasiswa sendiri. Ianya berasaskan khibrah atau pengalaman, sedang saya pernah melalui alam kemahasiswaan. Saya telah merayu dan meminta jasa baik KUIN agar mengkaji semula tindakan yang diambil dan saya telah merancang untuk pergi mengadap pihak tertinggi dalam pentadbiran KUIN. Namun hasrat itu tergendala apabila saya dimaklumkan bahawa kes ini akan dibawa ke mahkamah oleh pihak mahasiswa.

Maka biarlah mahkamah yang membuat keputusan kerana kes ini telah dihadapkan kepada mahkamah. 6. Saya mengambil sikap, jika itu adalah keputusan yang dianggap wajar oleh adik - adik mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mereka oleh pihak pentadbir KUIN tersebut, maka saya akur dan mendoakan agar mereka beroleh kejayaan. Buat pengetahuan umum, saya sendiri telah bertemu dengan adik - adik mahasiswa yang telah diambil tindakan ini dan mendengar suara serta penegasan mereka, malah saya masih ingat lagi kata - kata saya kepada mereka dengan disaksikan oleh Yb Ust Nasir Zakaria selaku Exco DPPM dan Ust Ahmad Yahya selaku Ketua DPP Negeri Kedah. Apa yang saya tegaskan ialah, jika antum rasa ini adalah satu kebenaran maka antum mesti mempertahankan pendirian antum dan hadapinya sehingga berjaya. Inilah idealisme mahasiswa dan perjuangkannya. Itu penegasan saya dan itu prinsip saya dan tidak perlu saya ulang sebut acap kali seperti ia bukan suatu yang penting dan muktamad sedang ia prinsip dan muktamad sifatnya.

Saya pun tidak suka bercakap perkara yang sama berulang kali. ] 7. Sepanjang tempoh itu pula, saya tidak meninggalkan kes ini berlalu begitu sahaja. Saya minta jasa baik JUHAM pula untuk meneruskan apa jua usaha yang boleh DPPM hulurkan kepada mahasiswa tersebut. Bermula di zaman Dr. Zulqarnain menjadi pengarah JUHAM dan dibantu sdr Abdullah Karim selaku Exco DPPM pada waktu itu yang juga merupakan seorang lawyer sehinggalah sekarang, JUHAM bersama pengarah barunya sdr Zamri terus mewakili DPPM menghulurkan apa jua bantuan yang dirasakan perlu. 8. Ertinya saya tegaskan disini bahawa DPP Malaysia terus komited dengan gerakan Mansuhkan AUKU dan tentunya kita harapkan mahasiswa sendiri yang "lead" atau terajui gerakan mansuhkan AUKU justeru itulah perjuangan agar mereka bebas dari cengkaman AUKU yang membelenggu mereka sejak lebih 40 tahun lalu.

DPPM bersama dengan gerakan mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan negara akan datang. 9. Saya tidak mengambil sikap menghukum siapa benar dan siapa pula salah dalam hal mahasiswa vs KUIN ini. Kerana pastinya kedua - dua belah pihak mempunyai hujjah masing - masing dalam mempertahankan sikap dan tindakan yang diambil, tetapi saya mempersoalkan bentuk hukuman dan cara ianya diambil. Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik. 10. Akhirnya saya berharap adik - adik mahasiswa bersabar mendepani dugaan ini. Andai kalian dipihak yang benar, pasti sahaja kebenaran itu akan terserlah jua. Kerana Allah bersama hambanya yang benar dan sabar. Saya jua senantiasa mendoakan kejayaan kalian. Teruskan perjuangan membebaskan mahasiswa dari kepungan AUKU, biar siapa yang terpaksa didepani. Namun nasihat saya selaku ketua DPPM, berjuanglah dalam kawalan adab dan akhlak yang diajar oleh Islam, agar tidak emosi menguasai diri tetapi kebijaksanaan, kewibawaan dan kematangan mahasiswa kelak akan membuka mata semua pihak. Selamat berjuang dari saya Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pembaziran & Penyelewengan Di Bawah Projek Barisan Nasional

402263_265498733517345_162827207117832_692449_1866139562_n

Anwar saman Utusan Malaysia RM150 juta

KUALA LUMPUR 20 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan akhbar itu menyatakan kononnya beliau menghalalkan homoseksual.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar berkata, akhbar milik Umno itu mereka pembohongan pada laporan berita muka depannya bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” pada 17 Januari.

Peguam Anwar, N Surendran dan Latheefa Koya memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Utusan

Saman difailkan firma guaman M/s Daim & Gamany, dengan ketua pembangkang itu menuntut RM50 juta sebagai gantirugi, serta kos-kos lain yang akan ditentukan pihak mahkamah.

Manakala, peguam beliau, N Surendran berkata, mereka juga akan meminta mahkamah menganugerahkan RM50 juta sebagai gantirugi teruk dan RM50 juta lagi gantirugi teladan.

“Kami menuntut jumlah yang tinggi kerana dakwaan-dakwaan tersebut telah sampai ke peringkat antarabangsa dan juga telah menjejaskan imej Anwar sebagai seorang negarawan,” kata Surendran.

Anwar menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarang Utusan Malaysia (Melayu) Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Utusan pada 17 Januari lalu memutar belit kenyataan Anwar dalam satu temubual dengan rangkaian penyiaran British (BBC), berdasarkan komen bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hasan Ali yang dipecat.

Ketua Pembangkang itu dituduh kononnya mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan didakwa  menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Utusan turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk “Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak” di muka surat 10 pada hari yang sama.

Komen Hasan itu disiarkan dengan memutarbelitkan kenyataan Anwar yang menolak undang-undang berkaitan liwat kerana ia dimanipulasi pemerintah zalim demi kepentingan politik parti pemerintah.

sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=25766

Jangan Sekat Pekerja Islam dari Solat Jumaat

Baru-baru kita mendapat maklumat dan aduan dari orang ramai, terdapat sesetengah syarikat swasta yang melarang pekerja Islam dari mengejarkan solat jumaat. Sekiranya perkara ini berlaku terhadap pekerja Islam dalam syarikat tersebut, kita minta mereka yang mempunyai masalah yang sama, boleh melapor terus ke pejabat buruh atau kepada pihak yang berkuasa untuk diambil tindakan.

Kita juga nasihatkan kepada pekerja Islam dan bukan Islam sekiranya berlaku diskriminasi di tempat mereka bekerja, mereka boleh melapor perkara tersebut kepada pejabat solat-solatburuh di tempat masing-masing. Pihak PAS juga boleh memberi kerjasama kepada pengadu sekiranya diperlukan.

Kita tidak mahu ada pihak tertentu dalam syarikat yang lebih pentingkan urusan perniagaan dan mendapat keuntungan semata-mata, sehingga menyekat kebebasan beragama pekerja mereka dalam negara ini.

Melarang pekerja mereka dari mengamalkan ajaran agama masing-masing seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah satu kesalahan terkecuali mereka melanggar displin dan peraturan syarikat yang telah ditetapkan.

Tiada siapa pun boleh menyekat dengan sewenang-wenangnya kebebasan beragama seseorang pekerja dalam negara ini kerana kalau sesiapa atau syarikat yang cuba menyekat pekerjanya dari melakukan suruhan agama mereka, maka kita mendesak pihak yang berkuasa hendaklah bertindak segera menghentikan diskriminasi kaum pekerja di negara ini.

Kita mahu semua pihak dapat bekerjasama dengan semua kaum tanpa ada sebarang perasaan prejudice antara kaum dan agama. Pihak majikan perlu memberi sedikit kelonggaran terhadap pekerja Islam yang hendak mengerjakan solat Jumaat sebab solat Jumaat adalah wajib bagi umat Islam selagi mereka tidak ada keuzuran atau halangan.

Kita mendesak pihak kerajaan agar sentiasa memantau syarikat tempatan dan asing yang menggunakan tenaga kerja umat Islam supaya tidak berlaku kes diskriminasi di tempat kerja dimana mereka dilarang dari mengerjakan solat jumaat.

Sesiapa saja yang melanggar perlembagaan perlu di ambil tindakan sewajar agar tidak berlaku lagi unsur-unsur perkauman yang boleh mencetuskan huru hara dalam Negara ini. PAS akan sentiasa bersama membantu menangani masalah rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee

PAS Miri

sumber : http://pas-miri.blogspot.com/2012/01/pekerja-islam-dilarang-dari-solat.html

Isytihar harta: Apa ‘bahaya’ disembunyikan Nazri? – Srikandi

KUALA LUMPUR 20 Jan: Srikandi KEADILAN mempersoalkan mengapa Menteri di Jabatan srikandi KeadilanPerdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terlalu bimbang sekiranya aset menteri kabinet wajib diisytihar kepada umum.

Ia ekoran kenyataan Nazri yang mempertikai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyifatkan tindakan itu ‘mengundang bahaya’.

Siti Aishah Shaik Ismail

“Apakah ia akan memperlihatkan jumlah sebenar kekayaan menteri Umno yang tidak sebanding dengan kesusahan Rakyat di bawah?

“Apakah Nazri Aziz bimbang seandainya aset milik mereka dipersoal oleh rakyat, pemimpin Umno tidak lagi boleh memperolehi kekayaan yang banyak?,” soal Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail.

Menurutnya lagi, sekiranya Nazri Aziz merasakan beliau telus dalam pentadbiran, mendahulukan rakyat dan berkhidmat dengan “jujur”, maka tiada istilah “bahaya” yang harus dibangkitkan.

“Rakyat harus tahu sikap dan sifat pemimpin mereka, maka saya pasti rakyat akan menanti semua Menteri-Menteri kabinet mengistiharkan harta mereka dengan kadar segera.

“Kita menanti dan sekiranya mereka “gagal” maka jelaslah, ada sesuatu “bahaya” yang sedang disembunyikan,” kata Aishah.

Menurutnya lagi, keputusan tidak timbul kerana kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan berani mengistiharkan aset milik exco kerajaan negeri itu termasuk Ketua Menteri sendiri.

“Ini dilakukan atas dasar ketelusan dan kejujuran kerajaan pakatan rakyat yang yakin bahawa tiada apa yang harus disembunyikan dan “bahaya” untuk diketahui oleh umum,” ujarnya. –KD

sumber : http://amkpmtgpauh.blogspot.com/2012/01/isytihar-harta-apa-bahaya-disembunyikan.html

Blogger Umno Pemfitnah Terbesar

Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.

umno perompak

Katanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.

"Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain.

"Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog popular Twitter, malam tadi.

Jelasnya, kedua-dua penulis blog berkenaan juga telahpun meraih populariti apabila Umno mula menubuhkan unit baru itu ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.

Tambahnya, kumpulan pro-pembangkang telah mula menggunakan ruang Internet semenjak 1999 ketika slogan seperti "Mahazalim" mula timbul sebagai kritikan kepada corak pemerintahan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita jauh ketinggalan di belakang sedangkan lanskap (perang media) telahpun berubah. Pada 2008 kita terkejut kerana ia bukan lagi sekadar tulisan tetapi kandungan multimedia digunakan.

"Fitnah semakin banyak dengan gambar dan visual. Sebab itu Pak Lah kena teruk (diserang). Ianya lebih teruk daripada (fitnah) 'zaman Mahazalim'," katanya lagi.

Semenjak dilantik mengetuai unit berkenaan pada 2010, Tun Faisal berkata beliau telah melatih seramai 1,800 orang untuk bergiat di ruang siber melalui penulisan blog dan juga menyertai laman sosial.

Secara peribadi, beliau bagaimanapun hanya mengenali seramai 27 orang daripada jumlah tersebut.

"Penulis blog yang menyerang ini, sukar untuk kenali mereka, mungkin mereka terikut dengan orang lain," katanya lagi.408918_2225824265449_1843075829_1444496_968732812_n

Beliau dilantik oleh ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke unit berkenaan untuk mendedahkan orang Umno supaya tidak begitu bergantung kepada media arus perdana.

Sekarang, kata Tun Faisal, pihaknya ada lebih ramai orang di media dalam talian untuk mengimbangi keadaan tersebut.

'Cybertrooper' berkenaan juga, katanya, dilatih untuk menyerang pembangkang dan juga untuk melengkapi fungsi media arus perdana yang lebih banyak melaporkan dasar dan implementasi kerajaan

"(Latihan tersebut) sama ada anda kelirukan orang atau beritahu sisi cerita yang lain," katanya lagi berjenaka.

sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/01/tun-faisal-dedahkan-umno-miliki-1800.html?spref=fb

Penganiayaan ke atas Penduduk Rimba Jaya

Lihatlah wahai rakyat semua, inilah yang dilakukan oleh rejim umno barisan nasional bila kuasa anda beri kepada mereka. mereka datang menagih simpati menjelang pilihanraya, mereka beri umpan dan gula-gula untuk terus berkuasa, untuk apa itu semua?

Ada agenda disebalik ketagihan kuasa mereka, tanah rakyat dirampas, umno yang kononnya berjuang untuk bangsa melayu itu sebenarnya melacurkan maruah orang melayu sendiri, bangsa melayu yang kononnya mahu dibela mereka itu dipijak-pijak lebih hina dari pendatang asing.

Video ini bukan video yang disunting, bukan juga video yang dilakonkan, ini ialah rialiti sebenar di sebalik kekuasaan umno di negeri selangor dahulu, hak rakyat diperkosa, pihak berkuasa polis dikudakan semata-mata kerana umno mahu roboh rumah rakyat, mahu rampas tanah rakyat yang kebanyakkannya penyokong setia rejim umno barisan nasional sendiri.

Sila saksikan video dibawah

Bila anda sudah tonton, sila tonton sekali lagi dan beri perhatian pada butiran dibawah

Minit 1:54 - "inilah tanah melayu yang diteroka oleh melayu,pendatang diberi keistimewaan, kita teroka 25 tahun dapat apa? pendatang 20 tahun boleh bagi ic kita teroka sini kita dapat apa?"

‎ Minit 2:06 - "kami duduk disini dah hampir 30 tahun, dihalaunya kami macam binatang"

Minit 2:22 - "melayu dibuat macam sampah...kalau nak menang dia bukan main lagi, bila dah menang apa yang dipandangnya pada kami"

Minit 2:33 -  ‎"masa nak mengundi dia la yang beria-ia sangat, hujan berpayung dia datang"

Minit 2:40 ‎"saya sebagai penyokong kerajaan sebelum merdeka lagi, saya berjuang bermati-matian, dalam masa darurat saya berjuang dengan ( lawan) komunis tapi kerajaan tidak ambik pandang langsung"

‎Dan ayat dibawah adalah bukti betapa umnoapco tidak akan pernah mengenang jasa orang yang memberi undi agar mereka terus berkuasa.

"tapi kerajaan bila nak mengundi saja, datang memungut, merayu, tapi bila dah menang, memandang tidak"

Peristiwa ini berlaku pada 2007 di Rimba Jaya yang merupakan salah sebuah perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000 keluarga . Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain

Sejak tahun 2003, pemaju swasta Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .

MBSA telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri (BN) yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .

Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.

Inilah sekelumit kisah tentang rakusnya umnoapco meroboh rumah penduduk Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, saat pemimpinnya bina istana indah untuk dirinya rumah rakyat diroboh dengan rakus, awas, nasib sama mungkin akan menimpa anda.

Umno harus dikuburkan, ayuh pencenkan umno pada PRU13 ini.

sumber : http://tukanglawan.blogspot.com/2012/01/jangan-ditipu-umno-lagi-lihat-bukti-ini.html

Fitnah II: Rayuan AG bukti penganiayaan politik berterusan terhadap Anwar- peguam

KUALA LUMPUR 20 Jan: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata, tindakan peguam negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan kes fitnah II, membuktikan penganiayaan politik terhadap ketua pembangkang itu.

Beliau mengulas keputusan Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat, 9 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan segera lewat petang tadi, Sankara berkata beliau belum secara rasmi dimaklumkan perkara itu oleh pihak pendakwa.

“Bagaimanapun jika benar, maka itu adalah paling disesali dan kejam kerana hakim perbicaraan telah menyatakan dengan ringkas, dalam keputusannya yang bukti penting (perbicaraan) sudah “diusik “.

“Maka asas kes pendakwaan sudah termusnah, menyebabkan sebarang rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terakhir dan sia-sia.

“Nampaknya ia adalah satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar dan bukan tujuan pendakwaan,” tegas beliau.

Tarik balik notis rayuan

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran mendesak Tan Sri Abdul Ghani Patail menarik balik notis rayuan tersebut.

Ini kerana katanya, tindakan itu jelas berniat jahat dan dibuat atas arahan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Jika mereka enggan menarik balik, mereka (Umno-BN) bakal berdepan mala petaka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana rakyat sudah muak dengan kezaliman Umno dan Najib terhadap Anwar,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau juga berkata rayuan itu menunjukkan konspirasi berterusan Najib terhadap Anwar menjelang PRU akan datang.

“Sudah pasti kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ghani ini,” katanya lagi.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Keputusan itu disambut baik badan-badan perundangan di Malaysia dan luar negara, serta dialukan oleh pemimpin dan masyarakat antarabangsa./KeadilanDaily

Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International

ANWAR di halau dan digantung dari PARLIMEN oleh SPEAKER UMNO kerana APCO... hebat betul APCO nih... pasai dia orang Melayu halau orang Melayu.. Inilah ketuanan APCO YAHUDI bukan ketuanan MELAYU.. kahkahkah Haktui! korang halau dan gantung ANWAR n GANG lagi bagus sebab dulu lagi ANWAR dah habaq.. kalau kene gantung dia nak round satu MESIA.. Kite kasik gegar MESIA... Nasib koranglah NAJIB n UMKO gang nya... masa nak halau taknak pikioq... kahkahkahkah

Ini adalah gambar surat perjanjian antara BN UMKO dengan GOMEN ISRAEL (Umno iktiraf) AOCO WORLDWIDE... korang teliti lah satu persatu... kahkahkah

1.Perjanjian antara  Kerajaan Israel dengan GCI International

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah jugaPengkhianat Negara!

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

sumber : http://bagindareformasi.blogspot.com/2010/12/fuh-surat-perjanjian-umno-dengan-israel.html?spref=fb

Tajuk berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...