

- HOME
- Products
- Quality
- Services
- Title For Links
- These Links Still Appear
- Just Like The Others
- Even When Under A Title
- Title After Divider
- Once Again...
- These Links Still Appear
- Just Like The Others
- Even When Under A Title
- Very Long Item
- Title For Links
- These Links Still Appear
- Just Like The Others
- Even When Under A Title
- Title After Divider
- Once Again...
- These Links Still Appear
- Just Like The Others
- Even When Under A Title
- Fully Flexible
- Title For Links
- These Links Still Appear
- Just Like The Others
- Even When Under A Title
- Title After Divider
- Once Again...
- These Links Still Appear
- Just Like The Others
- Even When Under A Title
Friday, 13 January 2012
PAS MELENCONG PERJUANGAN ASAL?????
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai2 lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS. Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk2kan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk2kan PAS?
Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir2 ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.
Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.
Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.
Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:
(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai2 hidup Islam dan hukum2nya menuju keredaan Allah.
Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):
“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana2 pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak2 di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”
Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.
Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata2 bertujuan memburuk2kan pejuang2 Islam, yang dilakukan oleh musuh2 Islam, sepanjang zaman.
PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar2 utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.
Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.
Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.
Di dalam al-Quranul Karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya):
“Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)
Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.
Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.
Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS. Penyebar2 fitnah ke atas pejuang2 Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh2 Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.
Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai2 lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.
Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan Berbagai2 musuh Islam yang memang itu kerja mereka.
PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata2 orang menentang.
Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya):
“Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang2 yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.”
Wallahua’lam.
Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)
Thursday, 12 January 2012
Debat Husam Musa Dan Nazri Aziz Malam Tadi
Sheikh Yusof Al-Qaradhawi ucap tahniah kepada Anwar
LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.
Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.
"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"
(diterjemah dari google translate).
Seperti biasa, media propaganda seperti Utusan, tidak akan menyiarkan berita ini, sebaliknya hari ini Utusan menyiarkan berita kononnya Gay Philipina gembira dengan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.
Utusan seperti biasa akan terus mencari jalan untuk memburukkan Anwar Ibrahim, mereka akan terus memperbodohkan orang kampung, ayam itek lembu dan kambeng.
ReJaM© "Presiden Ulama Dunia pun sokong Anwar ada lagi yang masih sokong Saiful..."
source: http://milosuam.blogspot.com/2012/01/sheikh-yusof-al-qaradhawi-ucap-tahniah.html#ixzz1jK3hPohb
PAPAGOMO Pengecut
Entri aku kali ni lain sikit.. FOKUS pada PAPAGOMO je.. Seperti sedia maklum, BABI belaan lembUMNO yang kononnya HEBAT ni rupanya seorang yang bacul. Aku dan kawan aku saje kacau dia. Kami mulakan dengan TUNTUTAN JANJI yang pernah dia buat bulan Mei 2011 di blognya yang mengatakan dia sanggup berbogel keliling KLCC.
So, aku memang x reti main TWITTER ni.. Kawan aku pun mulakan la provokasi menuntut janji PAPAGOMO ni... Tak lama pastu PAPAGOMO pun balas dengan ANGKUHNYA...
Aik? PAPAGOMO selama ni tuduh ANWAR GAY, tapi kali ni dia pulak ajak main 'pedang'... Siapa GAY sebenarnya? PAPAGOMO ke ANWAR? Kita balas balik...
Maka melentinglah PAPAGOMO tak keruan... Macam sebulan tak dapat main dengan bini! Hinggakan mengambil masa yang lama untuk balas sedangkan twitt kat orang lain ok la pulak... dan akhirnya dia balas...
TERNYATA PAPAGOMO TAK LE SEHEBAT MANA.. SETELAH ARMAN PENCACAI LUDAH BERANTAI YANG DAH TERSERLAH KEMALUANNYA KERANA CABARAN MELUDAH YANG DIA BUAT BARU BARU INI, KINI PAPAGOMO TELAH MENGIKUT JEJAK LANGKAH BELIAU YANG DAH MALU TAK BERANI MENYAHUT CABARAN YANG DIBUATNYA SENDIRI...
Inilah muka muka yang akan menjadi barisan hadapan dalam Program Larian Bogel Keliling KLCC yang akan dianjurkan oleh Team Nadi Rakyat yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat ini. Agaknya BERANI ke TIDAK mereka MENUNAIKAN JANJI?
MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!
sumber : http://bagindareformasi.blogspot.com/2012/01/papagomo-pengecut-bacul-dan-yang.html?spref=fb
Jangan Menipu
" jika hari ini ada seorang pembohong yang berbohong, maka ia akan berbohong untuk menutupi kebohongnya pada esok hari dan esok hari akan berbohong karena akan menutupi bohongnya yang hari ini.... akhirnya bohong itu melekat dan tanpa disadari bohong menjadi kebiasaan, ketika sdh jadi kebiasaan maka ia tak tahu lagi mana yang bohong dan mana yang tidak bohong.... ia sdh tidak sadar meski orang lain sdh mengingatkannya bahkan orang lain sdh tahu kalau ia bohong tetapi ia akan tetap tidak sadar, karena ia berpikir ia telah mampu memperdayai orang lain dengan kebohongannya......
kupingnya mendengar tapi hatinya tuli...."
Ustaz Azhar Idrus Bidas Masyitah
Jangan Nasihat nasihat anak anda seperti Dr Mashitah
Masitah Hina Hukum Allah SWT, seolah-olah hukum manusia itu sempurna
Fatwa Imam Yusuf Al Qaradawi Tentang Liwat II DSAI
Veteran Umno: Pembebasan Anwar Saja Tak Cukup
Ketika pemimpin BN bermegah kononnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II membuktikan badan kehakiman adil dan bebas, seorang bekas menteri dan veteran Umno berpandangan sebaliknya.
Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berkata keputusan itu “tidak cukup” untuk menepis persepsi umum yang sering mempersoalkan kebebasan institusi badan kehakiman dari pengaruh kerajaan.
“Ini tidak cukup… Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak,” katanya yang juga bekas menteri pelancongan dan penerangan.
Kadir menjawab soalan berhubung laporan media arus perdana termasuk kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata keputusan mahkamah yang memutuskan Anwar tidak bersalah itu membersihkan kerajaan daripada tuduhan campur tangan dan konspirasi politik.
“Bersejarah tetapi mengejutkan”
Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai “bersejarah tetapi mengejutkan”, Kadir menegaskan ia peluang terbaik bagi memulihkan imej badan kehakiman termasuk pelantikan Ketua Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria dilihat berpeluang untuk memperbetulkan persepsi itu.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Kadir berkata Ariffin tidak pernah terbabit dengan parti politik dan seorang yang ‘takut’ kepada Allah berbanding penyandang sebelum ini Tun Zaki Azmi (kiri) yang pernah menjadi penasihat undang-undang Umno.
Sebelum keputusan diumumkan, Kadir berkata beliau pergi ke kediaman Anwar dan menemaninya sehingga ke mahkamah sebagai tanda rasa simpati dan memberi sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri itu.
Katanya lagi, sebelum keputusan diumumkan, beliau percaya 70 peratus Anwar yang juga ketua pembangkang akan dihumbankan ke penjara.
Kawan setia
“Saya adalah kawan yang setia… Dr Mahathir membuatkan saya rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami memang berkawan rapat dan saya betul-betul kasihan kepadanya dengan apa yang berlaku kepadanya… saya simpati kepadanya dan kali ini saya benar-benar bersimpati dengannya,” katanya.
Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dari sudut politik, Kadir dilihat tidak dapat menyembunyikan pujiannya terhadap tokoh politik kelahiran Kampung Cherok Tok Kun, Pulau Pinang itu.
“Saya rasa beliau mempunyai bakat kepimpinan yang hebat. Beliau boleh menjadi pemimpin negara yang hebat. Dan (sikap) beliau yang natural (semulajadi).
“Apabila beliau masuk ke kampung, apabila beliau bercakap dengan orang kampung, beliau nampak natural. Beliau tidak perlu tunjuk lagaknya. Main drama kata orang,” katanya.
Berjiwa rakyat
Menganggap Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti pengasas negara sebelum ini, Kadir menambah kampung Anwar berdekatan dengan kampungnya – di Kulim Bandar Baharu – yang terletak kira-kira 10 kilometer.
“Jadi beliau adalah pemimpin berjiwa kampung. Sebab itu jika beliau berpeluang menjadi perdana menteri, beliau menjadi perdana menteri yang hebat di mata rakyat, (sikap) semulajadinya (yang suka) mengambil berat tentang rakyat,” katanya yang mengelak untuk membandingkan kepimpinan Anwar dan Najib.
Kadir, 73, adalah anak sulung kepada 12 adik beradik. Bapanya merupakan pengasas kepada Umno di Kulim Bandar Baharu.
Beliau aktif dalam politik sejak tahun 1970-an di bawah pentadbiran perdana menteri kedua Tun Abdul Razak. Pernah menjawat jawatan menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan pada tahun 1999 di bawah kepemimpinan Tun Mahathir Mohamad.
Kemudian, menyandang jawatan sebagai menteri penerangan di bawah pimpinan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kini Kadir selaku bendahari Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu – bahagian yang diwakili sejak lima penggal sebelum menyerahkan kepada adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada pilihan raya umym 2008.
Bagaimanapun, Abdul Aziz tewas kepada wakil PKR Datuk Zulkifli Noordin sebelum beliau mengisytihar diri keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas.
sumber : http://anwaribrahimblog.com/2012/01/11/veteran-umno-pembebasan-anwar-saja-tak-cukup/#more-18385
"HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA KERANA MALAYSIA TERDIRI DARI BERBILANGKAUM"
saya akan guna apa juga chanel yg ada termasuk parti politik agar agenda saya utk saksikan Malaysia laksana hukum Allah SWT menjadi kenyataan...
Dengar statement ini baik2...
"HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA KERANA MALAYSIA TERDIRI DARI BERBILANGKAUM"
Apa kata kalau semua kaum beragama islam? apakah erti/maksud tidak akan dilaksanakan harap kita ambil iktibar...walaupun bersatu dgn UMNO maksudnya PAS mesti MEMERINTAH demi melaksanakan HUKUM ALLAH ini kerana jika dikuasai UMNO, hudud tidak akan dilaksanakan !
Dan ada kemungkinan mereka akan guna alasan sama sewaktu di padang mahsyar nanti .
Adakah Anda SETUJU?
Saya tak setuju pada rakyat Malaysia yang suka menggunakan alasan begini kerana:
- Ini adalah jawapan berbaur perkauman yang dahsyat. Seolah-olah semua kaum lain harus dihapuskan untuk laksana hukum Allah SWT. Dgn statement seperti diatas, yahudi akan mentertawakan anda dgn mengatakan tuhan anda zalim?
- Antara hujah yahudi "lihat, hukum tuhan kamu hanya boleh dilaksana pada keadaan tertentu sahaja, hukum tuhan kami diamalkan pada bila2 masa x kira berapa jumlah kaum kami asalkan kami memerintah".
Ini pengalaman saya membaca hujah berberapa org yahudi keatas berberapa org islam di sebuah forum berberapa tahun dahulu...
Perlu saya ingatkan pada rakan2 ISLAM disini ini , Sekiranya Allah SWT yg anda sembah, maka :
ketahuilah Allah SWT itu tidak zalim pada kamu melainkan kamu yg menzalimi diri kamu sendiri.
Hukum Allah SWT itu adalah lebih sempurna dan mudah kamu amalkan, maka jgnlah kamu memperkecilkan tetapi fahami sebaik mungkin dan amalkan dan Yakinlah .InsyaAllah berjaya di dunia dan akhirat.
Mengapa kami Mahukan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir dilaksanakan?
Kadar jenayah yang meningkat dan telah sampai pada tahap yang membimbangkan. Jenayah-jenayah ini semakin hari semakin meningkat, lihat sahaja pada akhbar Harian Metro dan Kosmo. Boleh dikatakan setiap hari berlaku tidak kurang dari 5 jenayah berat dalam akhbar tersebut.
(Al-Hujuraat: 9)
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.