Thursday, 12 January 2012

"HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA KERANA MALAYSIA TERDIRI DARI BERBILANGKAUM"

saya akan guna apa juga chanel yg ada termasuk parti politik agar agenda saya utk saksikan Malaysia laksana hukum Allah SWT menjadi kenyataan...
Dengar statement ini baik2...

"HUDUD TIDAK AKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA KERANA MALAYSIA TERDIRI DARI BERBILANGKAUM"

Apa kata kalau semua kaum beragama islam? apakah erti/maksud tidak akan dilaksanakan harap kita ambil iktibar...walaupun bersatu dgn UMNO maksudnya PAS mesti MEMERINTAH demi melaksanakan HUKUM ALLAH ini kerana jika dikuasai UMNO, hudud tidak akan dilaksanakan !

Dan ada kemungkinan mereka akan guna alasan sama sewaktu di padang mahsyar nanti .

Adakah Anda SETUJU?

Saya tak setuju pada rakyat Malaysia yang suka menggunakan alasan begini kerana:

  • Ini adalah jawapan berbaur perkauman yang dahsyat. Seolah-olah semua kaum lain harus dihapuskan untuk laksana hukum Allah SWT. Dgn statement seperti diatas, yahudi akan mentertawakan anda dgn mengatakan tuhan anda zalim?
  • Antara hujah yahudi "lihat, hukum tuhan kamu hanya boleh dilaksana pada keadaan tertentu sahaja, hukum tuhan kami diamalkan pada bila2 masa x kira berapa jumlah kaum kami asalkan kami memerintah".

Ini pengalaman saya membaca hujah berberapa org yahudi keatas berberapa org islam di sebuah forum berberapa tahun dahulu...

Perlu saya ingatkan pada rakan2 ISLAM disini ini , Sekiranya Allah SWT yg anda sembah, maka :

ketahuilah Allah SWT itu tidak zalim pada kamu melainkan kamu yg menzalimi diri kamu sendiri.
Hukum Allah SWT itu adalah lebih sempurna dan mudah kamu amalkan, maka jgnlah kamu memperkecilkan tetapi fahami sebaik mungkin dan amalkan dan Yakinlah .InsyaAllah berjaya di dunia dan akhirat.

Mengapa kami Mahukan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir dilaksanakan?

Kadar jenayah yang meningkat dan telah sampai pada tahap yang membimbangkan. Jenayah-jenayah ini semakin hari semakin meningkat, lihat sahaja pada akhbar Harian Metro dan Kosmo. Boleh dikatakan setiap hari berlaku tidak kurang dari 5 jenayah berat dalam akhbar tersebut.

(Al-Hujuraat: 9)
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

No comments:

Post a Comment

Tajuk berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...