Thursday, 26 January 2012

Pimpinan UMNO Hari Ini Hanya Bernafsu Untuk Berkuasa – Bekas Veteran Umno

Negara kita ini adalah sebuah negara Persekutuan (federation) dan bukannya sebuah negara ‘unitary’. Putrajaya itu bukan pusat pentadbiran kerajaan pusat tetapi pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Persekutuan kita terbentuk pada 2hb Februari 1948 dalam mana kesebelasan negeri-negeri yang berada dalam Semenanjung menandatangani perjanjian untuk bersatu dan membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).

Justru, kesemua negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu serta dua buah negeri Straits Settlement Pulau Pinang dan Melaka membentuk sebuah persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur. Tidak perlu diulangi bagaimana persekutuan ini terbentuk kerana sudah terlalu banyak saya tulis sejak 3 tahun yang lepas. Tetapi yang penting di sebut pada hari ini ialah negeri-negeri merupakan negeri-negeri yang berlainan di bawah jajahan Raja-Raja nya dan kerajaan mereka sendiri.

Tetapi dengan wujudnya Persekutuan Tanah Melayu itu, negeri-negeri Sembilan negeri yang beraja dan dua negeri selat itu bersatu di bawah sebuah persekutuan. Maka selepas merdeka wujudlah sebuah negara persekutuan yang berdaulat dan tentunya kedaulatan kerajaan persekutuan itu datangnya dari kedaulatan negeri-negeri di dalam persekutuan itu.

Dalam sesebuah negara persekutuan, kerajaan persekutuan wajib menghormati kerajaan-kerajaan negeri di bawahnya sebagai negeri-negeri yang berdaulat. Kerajaan Persekutuan wajib menghormati rakyat negeri-negeri itu kerana rakyat negeri-negeri itu mempunyai legislatifnya sendiri. Siapa yang rakyat pilih itu wajar dihormati oleh pimpinan persekutuan.
Tetapi sejak 3 dekad yang lalu pimpinan persekutuan tidak menerima semangat persekutuan itu dengan kerelaan malahan persekutuan seolah-olah menjajah negeri-negeri di bawahnya terutamanya kepada negeri-negeri yang dipilih rakyat itu bukannya dari parti atau kelompok kumpulan pemimpin di peringkat persekutuan. Kerana apa semuanya ini? Politik kepartian dan lebih-lebih lagi politik peribadi mengatasi segala-galanya, waimma lebih kuat dari agama dan Tuhan.

Semangat dalam Perjanjian Persekutuan itu telah dilacurkan secara terang-terangan dalam isu royalti minyak bagi negeri Kelantan dalam mana Petronas (Kerajaan Persekutuan) enggan membayarnya kepada Kelantan semata-mata rakyat Kelantan memberikan mandat kepada PAS untuk memerintah negeri itu.
Barang diingat perjanjian ‘vestine’ di antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan yang ditandatangani pada bulan Mei 1974 jelas adalah perjanjian Petronas dengan rakyat Kelantan yang diwakili oleh Dato Mohamad Nasir, Menteri Besar PAS Kelantan, semasa itu.

Petronas yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato Mohamad Nasir itu menanda tangani ‘vestine deeds’ semasa itu merupakan perjanjian di antara Petronas dengan rakyat Kelantan. Ia bukan perjanjian di antara Petronas dengan UMNO Kelantan.
Perjanjian yang serupa telah ditanda tangani oleh Petronas dengan semua kerajaan-kerajaan negeri tidak kira yang ditadbir oleh UMNO, PAS atau mana-mana parti sekali pun. Ia merupakan perjanjian Petronas dengan rakyat negeri-negeri yang berdaulat dalam persekutuan ini.

Tindakan Dr Mahathir untuk tidak menghormati perjanjian di antara Petronas dengan rakyat Terengganu selepas pilihanraya 1999 dahulu menjelaskan kepada kita semua yang beliau (Mahathir) telah melanggar perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan dengan rakyat negeri Terengganu dan sekarang dengan rakyat negeri Kelantan pula.
Tetapi Petronas telah kembali membayar royalti itu kepada negeri Terengganu setelah UMNO mengambil alih kerajaan Terengganu tetapi dalam bentuk dan cara yang agak pelik dan tidak begitu telus. Bagi UMNO Petronas hanya akan membayar royalti apabila rakyat negeri-negeri memberikan mandat kepada UMNO selepas mana-mana pilihanraya.

Ini merupakan pencabulan secara terang-terangan terhadap perjanjian ‘vestine’ yang ditanda tangani itu dan juga merupakan pelacuran terhadap semangat persekutuan yang kita telah wujudkan itu. Itulah sebabnya saya selalu berkata yang pimpinan UMNO hari ini hanya bernafsu untuk berkuasa tetapi tidak tahu asas keperluan untuk memimpin sebuah negara persekutuan seperti negara kita ini.
Bagi mereka, kuasa itu modal untuk membina kekayaan dan membentuk beberapa ‘warlords’ yang akhirnya mempengaruhi sistem berpersekutuan kita ini. Bagi mereka itu ‘kuasa’ adalah ‘ultimate’. Samada moral itu terpilihara atau tidak itu tidak menjadi hal. Negara jahanam dan rakyat porak peranda, itu bukan tanggungjawab mereka.
Saya mencadangkan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan forum terbuka tentang isu ini kerana ia adalah isu yang sangat penting Isu ini telah dilalaikan sehinggakan pimpinan sekarang sendiri tidak memahami konsep ‘Federalism’ yang kita sepatutnya amalkan selama ini.

Oleh kerana tidak memahami Perjanjian Persekutuan dan semangat yang ada bersamanya itulah yang menyebabkan masih ada rakyat yang masih menyokong kumpulan yang hendak menjahanamkan persekutuan kita ini.
Kita tidak mahu lagi melihat semangat persekutuan ini terus menerus diporak perandakan oleh elemen-elemen penjajahan seperti tindakan-tindakan yang menyerupai seperti Malayan Union dilakukan oleh kerajaan persekutuan terhadap negeri-negeri yang berada di dalam wilayah persekutuan, bernama Malaysia ini.

**** Tulisan Aspan Alias, seorang Veteran Umno Negeri Sembilan yang telah meninggalkan parti 'purba' itu

sumber : http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=4635%3Apimpinan-umno-hari-ini-hanya-bernafsu-untuk-berkuasa-bekas-veteran-umno&catid=37%3Apendapat&Itemid=50

PRU13: Teori bagaimana BN boleh menang

WALAUPUN dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, penipuan masih juga boleh berlaku. Berikut adalah kemungkinan bagaimana BN menang melalhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0t1SL2izokHZijtg8gqikK83td1wO8LjeiFKyMToez_ysBO40VoNEAcie-4IHO9IhdE-xhcdUUnYI28wJgHPzit2vqKv3kRxYQAHCJKrPIrU5CN22WYHXIlFpvGT5NsYCvmpOpBH0fWOK/s320/barisan_nasional.gifui penipuan.

1. Nama kita tidak berada dalam senarai daftar pengundi. Jika nama kita langsung tidak berada dalam senarai pada hari mengundi, maka kita langsung tidak boleh buat apa-apa.

2. Nama kita telah dipindahkan ke kawasan yang jauh:

Sebagai contoh jika kita tinggal di Shah Alam, alamat kad pengenalan kita di Shah Alam dan pada pilihan raya yang lepas kita mengundi di Shah Alam, dengan tiba-tiba kali ini nama kita telah dipindahkan ke Perlis tanpa pengetahuan kita pada hari kita pergi mengundi nanti. Adakah kita akan pergi ke Perlis untuk mengundi pada hari tersebut?

3. Percaturan secara strategik:

a. Pengundi Cina di Shah Alam dipindahkan ke Klang.

Apabila ini berlaku, Umno akan dapat kembali kerusi Parlimen Shah Alam daripada PAS (ahli parlimen kini Khalid Samad).

Kerusi Parlimen Klang biar dimenangi oleh DAP tak apalah asalkan Umno dapat kembali kerusi Parlimen Shah Alam. Pada masa ini kerusi Parlimen Klang dipegang oleh Charles Santiago daripada DAP.

b. Pengundi Cina di kerusi Parlimen Titiwangsa (dulu dimenangi Allahyarham Dr Lo' Lo' Ghazali) yang dipegang oleh PAS akan dipindahkah ke kerusi Parlimen Cheras yang dimiliki oleh DAP (Tan Kok Wai). Ini akan membolehkan Umno untuk dapat kembali kerusi Parlimen Titiwangsa.

Pemindahan pengundi Cina ke kawasan yang dimiliki oleh DAP sejak zaman Tok Kadok lagi tidak memberi apa-apa manfaat kepada DAP tetapi hanya memberikan DAP kemenangan dengan jurang yang amat besar sahaja, contohnya Teresa Kok daripada DAP menang di kerusi Parlimen Seputeh dengan jumlah lebihan undi sebanyak 36,000 - angka yang amat besar, malah jumlah lebihan undi yang banyak sekali di Malaysia pada pilihan raya yang lalu.

c. Kerusi Parlimen Batu yang merupakan sebuah kerusi Wilayah Persekutuan KL telah bertindih dengan kerusi Parlimen Selayang di Selangor untuk membolehkan pengundi Melayu mengundi di Batu. Pada masa kini, penyandang kerusi Parlimen Batu ialah Tian Chua daripada KeADILan.

4. Pertambahan pengundi secara mendadak:

a. Kerusi Dun (Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang, di mana penyandangnya ialah Badrul Hisham Abdullah (dulu KeADILan, sekarang Umno).

Di kerusi Dun ini terdapat pertambahan jumlah pengundi sebanyak 5,510 pada tahun lalu walaupun tiada kawasan perumahan baru di situ sejak pilihan raya yang lalu. Anggota Parlimen daripada DAP, Charles Santiago telah berhasrat untuk membuat bantahan mengenai perkara ini sebab kerusi Dun ini terletak dalam kawasan Parlimennya.

Wang RM10 kena dibayar oleh Santiago bagi setiap nama yang dibantah dan ini memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, anggota Parlimen daripada Pakatan Rakyat tidak dapat apaapa dana pun daripada kerajaan Pusat BN walaupun adalah hak mereka sebagai anggota Parlimen untuk mendapat dana tersebut.

Dana itu di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri dan hanya diagihkan kepada anggota Parlimen BN sahaja dan ia berjumlah RM1.5 juta setiap tahun. Adakah BN berniat untuk mencekik anggota Parlimen Pakatan Rakyat dengan tidak memberi apa-apa peruntukan kepada mereka?

b. Kerusi Parlimen lain yang telah menyaksikan pertambahan pengundi secara mendadak ialah Kuala Langat (KeADILan- Abdullah Sani), Shah Alam (PASKhalid Samad), Hulu Langat (PAS-Che Rosli) dan Kota Raja (PAS-Dr Siti Mariah) d imana lebih 5,000 nama pengundi yang diragui telah dimasukkan dalam senarai daftar pengundi di kerusi-kerusi tersebut.

Dapat dilihat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah licik dalam perancangan percaturan pergerakan pengundi dan justeru, boleh dikatakan bahawa SPRlah yang menentukan nasib BN dalam setiap PRU. Oleh itu, janganlah berfikiran naif bahawa dengan penggunaan dakwat kekal adalah mustahil untuk penipuan dilakukan.

Hanyalah dengan sokongan padu rakyat dari semua lapisan masyarakat dan semua bangsa, tak kira miskin atau kaya, tua atau muda, di kampung ataupun di bandar barulah BN boleh ditumbangkan.

Rakyat Malaysia mesti mengundi Pakatan Rakyat supaya undi daripada pekerja asing dapat ditumpaskan. Jika jumlah rakyat Malaysia yang memilih Pakatan tidak cukup untuk mengatasi undi pekerja asing, maka pekerja asing telah menentukan halatuju negara ini.

Susah keslah macam itu sebab Malaysia akan terjatuh ke dalam gaung zaman batu purba apabila hak rakyat Malaysia telah diaibkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan kuasa dan wang dalam saku mereka sendiri.

Jom Ubah

sumber : http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=18948

ANAK dakwa Felda defisit 1.5b jika pajak tanah pada FGV

 

Abdul Rahim Sabri
1:27PM Jan 26, 2012

Pakar ekonomi Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) Dr Rosli Yaacop mendakwa Felda akan mengalami defisit pendapatan antara RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion sekiranya lembaga itu menyenaraikan anak syarikatnya, Felda Global Venture (FGV) ke Bursa Malaysia.

Bekas timbalan pengarah Bank Negara itu berkata, pendapatan agensi itu dijangka akan berkurangan apabila Felda menyerahkan pegangannya kepada FGV.
Katanya, kos operasi Felda mencecah kira-kira RM2 bilion pada 2010, sedangkan agensi itu dijangka hanya akan mendapat pendapatan tahunan melalui pajakan tanah sebanyak RM251 juta dan hasil jualan sehinggga RM508 juta.

"Kalau pendapatan Felda sudah turun kepada RM750 juta, sedangkan perbelanjaan RM2 billion atau bertambah, Jadi Felda akan mengalami defisit tiap-tiap tahun.
"Felda nak ambil mana duit (yang selebihnya). Ini masalah yang utama... Setakat yang ada dalam perjanjian ini, Felda tidak akan mampu menanggung perbelanjaan tahunannya.
NONE"Ini aspek akan merugikan Felda dan akhirnya rakyat akan menanggungnya. Sebab itu, ia salah satu sebab mengapa kita menentang penyenaraian ini," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dalam dalam satu sidang media hari ini.

Selain itu, Dr Rosli (kanan) mendakwa dengan perjanjian itu juga, Felda akan kehilangan kuasa terhadap tanah-tanah yang diuruskan oleh Felda Plantation.
"Segala kuasa untuk mengurus (tanah) diserahkan bulat-bulat kepada Felda Global Venture.
"Tunggak (kuasa) dalam organisasi Felda, sebaik sahaja ditandatanagni, akan berpindah kepada FGV... (bagai) kepada datuk kepada cucu," katanya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Presiden ANAK, Mazlan Aliman yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Mazlan hari ini mendedahkan isi perjanjian antara Felda dan Felda Global Venture (FGV) yang disifatkannya sebagai "tidak adil dan berat sebelah" dalam usaha penyenaraian syarikat tersebut di Bursa Saham Malaysia.
Katanya,  pendedahan itu dibuat selepas cadangan dan bantahan mereka terhadap penyenaraian tersebut, tidak boleh diterima oleh kerajaan, selepas NGO tersebut memberi masa yang cukup untuk kerajaan menimbang hasrat untuk berbuat demikian.
Katanya, jika perjanjian itu ditandatangani, institusi tanah itu akan menjadi "simbol atau patung dan tidak ada kekuatannya lagi".

"Segala urusniaga akan ditandatangani oleh Felda Global Venture. Apa keistimewaan FGV sehingga mendapat kenikmatan aman sentosa.
"Macam tu sekali tingginya martabat Felda Global Venture," katanya.
Beliau turut mengedarkan kepada media, isi-isi terma-terma komersil dalam perjanjian tersebut.
"Kalau kami dianggap pengkhianat, membocorkan kandungan perjanjian ini, Gerakan Selamatkan Felda sedia menghadapi risiko.
"Kita sedia berdebat, dan akan menampilkan ahli panel, dan menentang apa yang kami sifatkan sebagai satu tindakan membunuh institusi  orang Melayu," tegasnya.

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/187522

Tiga negeri Pakatan tak akan serah tanah pada FGV

 

Abdul Rahim Sabri
1:40PM Jan 26, 2012

Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat - Kedah, Selangor dan Kelantan- tidak akan menandatangani perjanjian untuk menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture (FGV).
"Ketiga-tiga negeri Pakatan, tidak akan menandatangani perjanjian ini, untuk menyerahkan tanah Felda kepada Felda Global Venture," kata Mazlan dalam sidang media.
Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaacop yang turut hadir menjelaskan perjanjian tanah untuk mendapat hak milik perlu mendapat kelulusan menteri besar.
"Jadi Felda Global Venture kena jumpa MB kerana ia berada di bawah kuasa MB," katanya.

Menurut Mazlan lagi, pendirian tidak akan menyerahkan tanah Felda kepada FGV telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS pusat bulan lalu bagi negeri yang diperintah parti itu - Kedah dan Kelantan.
Manakala bagi Selangor, katanya, beliau telah memanjang perkara itu kepad Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui wakil PAS di negeri itu.
Ketika dihubungi kemudiannya, Mazlan berkata, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerui Biro Felda PKR, Suhaimi Said, yang memanjang perkara itu kepada menteri besar.
Mazlan berkata, beliau telah dimaklum bahawa menteri besar Selangor memang mengambil pendirian yang sama.

Mazlan juga berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah Gerakan Selamatkan Felda di ketiga-tiga negeri tersebut dan bertemu dengan menteri besar masing-masing bagi menyatakan pendirian dan sokongan terhadap kerajaan negeri.
Malah, kata Mazlan, di negeri-negeri yang ditadbir BN, setahunya, belum ada yang menandatanganinya walaupun difahamkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob "memberi respon positif" berhubung perkara itu.
"Kita akan desak supaya beliau jangan tandatangani (perjanjian itu)," katanya.

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/187524

Umno Terpaksa Melutut Dengan Parti Gerakan Di Pulau Pinang

Oleh: reformis1998
"

Pembangkang Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran apabila suara

lantang Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang mahukan Umno memegang  jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang telah DICAMPAK begitu sahaja oleh Gerakan dan Barisan Nasional.

Parti Melayu Umno terpaksa melutut dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan yang telah dilantik sebagai pengerusi baru BN Pulau Pinang.

Zahid Hamidi pernah lantang meminta supaya Umno menjadi Pengerusi BN negeri, kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

"Parti Gerakan tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," tegas Zahid.

Pergolakan Bn Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa ‘bangkai’ mereka sebenarnya amat membusukkan… dan kerana itu, mereka cuba menutup isu ini dengan ‘kononnya’ ramai ahli PR keluar di Pulau Pinang baru-baru ini.

Umno koyak Gerakan

Beberapa waktu yang lepas, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai pendatang' sebelum ini, dengan mengoyak gambar Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno sendiri dan punca pergolakan ini berlaku.

Pergolakan ini menggambarkan masalah besar BN yang dijangkakan turut mencetuskan 'konflik kepentingan' BN di seluruh negara kelak.

KECOH FASAL MELAYU AKAN HILANG KUASA

Tapi… apa boleh buat… Umno Pulau Pinang hanya pandai melalak terlolong di Pulau Pinang yang mengatakan ke seluruh dunia, bahawa Melayu akan hilang kuasa…. Tetapi hakikatnya UMNO yang akan hilang kuasa!!!

Bila hampir pilihanraya, Utusan Malaysia memainkan propaganda nasib bangsa Melayu yang bertujuan, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis.

BUKTI MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA, MELAYU UMNO HILANG KUASA

Kenapa surat khabar tak keluarkan fakta dibawah ini?

PRU11  -  BN 198 kerusi, BA 21 kerusi, MP Melayu 123

PRU12  -  BN 140 kerusi, PR 81 kerusi, MP Melayu 130

*Kerusi MELAYU PRU 12 =  UMNO-77,  PAS & PKR 53 (Sekarang Umno 77, Pakatan Rakyat 48, KATAK 5)

selamat tinggal umno

Oleh itu, pastikan PAS menang kerana PAS akan letak calon di kerusi Melayu, PKR dan DAP kerusi campuran dan sebab itulah PAS paling sedikit menang kerusi sebab MELAYU selalu ditipu. . . . 

oleh: Reformis Anak Muda

sumber : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11385

Ceramah

393715_305109796199408_162607237116332_897510_1546822718_n

UTUSAN Menipu


Apa nak jadi dengan Lidah Rasmi UMNO ini?? biarpun pernah diperintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membayar denda RM200,000 kepada Guan Eng kerana menyebar fitnah kononnya Kerajaan DAP Anti-Melayu..

Kalau tak pernah baca laporan tu sila baca di SINI.
Kemudiannya disaman pula oleh DS Anwar Ibrahim sebanyak RM150Juta juga kerana fitnah (baca di SINI)
Mereka masih memutarbelitkan berita hanya untuk memperbodohkan pembaca mereka yang sememangnya kelihatan mula bodoh kerana diperbodohkan Utusan.
Kali ini Kenyataan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras)pula menjadi mangsa..
Laporan Utusan tidak benar dan tersasar – Teras

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak benar dan tersasar.
Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataannya hari ini berkata, "Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali."
Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk 'Bersih 3 berniat kelirukan rakyat'.
"Laporan itu yang kononnya memetik kenyataan saya adalah tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan.
"Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali," kata Azmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Azmi menjelaskan, dalam kenyataannya kepada utusan Malaysia, beliau berkata pihak Bersih 3 berhak untuk memilih saluran samada melalui perundingan dengan pihak yang berkaitan atau melalui demontrasi aman yang di benarkan oleh undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
"Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah salah bagi mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan untuk memenangi hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini," katanya.
Bagi beliau, tindakan menghasilkan momentum sokongan rakyat adalah lumrah dalam demokrasi di mana-mana negara.

"Saya menegaskan bahawa sesuatu perhimpunan awam yang aman dan mengikut saluran undang-undang adalah sesuatu yang sah dan pihak kerajaan tidak boleh menghalangnya kerana ianya adalah hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan negara serta tidak bertentangan dengan syariat Islam," katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan aman yang bertujuan baik untuk menuntut sesuatu hak oleh rakyat akan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai suatu proses pembinaan negara yang akan menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbirannya yang lebih adil, saksama dan bebas dari pengelewengan serta rasuah yang sangat dibenci oleh rakyat.

Berbeza dengan laporan akhbar Umno itu, Azmi berkata, tindakan sebegini tidak 'mengelirukan rakyat' bahkan akan mematangkan lagi mana-mana kerajaan dan rakyat untuk terus membangunkan negara ini dengan penuh amanah dan tidak mengkhianatinya dengan amalan politik yang korup dan zalim kepada rakyat - Harakahdaily
Dibawah ialah apa yang Utusan laporkan..
Bersih 3 berniat kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) buat kali ketiga tidak relevan kepada kepentingan rakyat dan hanya akan menimbulkan keadaan huru-hara kepada negara.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak melayan kerenah Pengerusi perhimpunan, Datuk S. Ambiga kerana individu itu hanya mahu menimbulkan kekeliruan kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.

"Saya bimbang sekiranya perhimpunan Bersih diadakan lagi, ia akan bertembung pula dengan pihak yang anti-Bersih kerana kita nampak begitu banyak laporan polis dikemukakan terhadap demonstrasi itu sebelum ini.
"Apa pun, saya yakin penganjur Bersih hanya mahu mencari momentum politik dan saya tidak akan terkejut sekiranya mereka terlibat dalam perhimpunan ini akan menjadi calon pilihan raya di atas tiket parti pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mempersoalkan hasrat Bersih untuk sekali lagi turun ke jalanan, sedangkan banyak tuntutan pihak tersebut dipersetujui untuk dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang.
Ambiga sebelum ini tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi turun ke jalanan sekiranya cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd.

Azmi Abdul Hamid berkata, penganjur Bersih sewajarnya menggunakan saluran yang ada dan tidak sewenang-wenangnya membuat demonstrasi sehingga menganggu kehidupan masyarakat seharian.
"Dengan pilihan raya yang semakin dekat, mereka berharap untuk membuat tekanan lagi dan menggunakan sepenuhnya ruang demokrasi agar tuntutan mereka dilayan.
"Memang semua pihak hendak mendapatkan momentum politik tetapi mereka sepatutnya menggunakan kaedah yang wajar dan bukannya menimbulkan kekacauan dan kesusahan kepada rakyat," katanya.

sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/01/utusan-menipu-lagi.html?spref=fb

Saiful Bukhari Kecewa Gagal Heret Anwar Ke Mahkamah Rayuan

Posted by Addin at 1/26/2012

Pengadu dalam kes fitnah liwat II, Saiful Bukhari Azlan nampaknya kena banyak banyak bersabar! Ini kerana rayuan yang dikemukakan melalui pejabat Peguam Negara hanya akan dipertimbangkan selepas sekurang-kurangnya tiga bulan dari tarikh rayuan dikemukakan.  Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dituduh oleh Saiful juga perlu menunggu sehingga tempoh yang sama kerana mengikut Akta Penghakiman Mahkamah.

Pihak yang memfailkan rayuan bersabit sesuatu keputusan yang dijatuhkan perlu menunggu transkrip penghakiman bertulis terlebih dahulu.
Prosedur biasa membenarkan hakim yang membuat keputusan diberikan tempoh sehingga lapan minggu untuk menyiapkan alasan penghakiman sebelum diserahkan kepada pihak yang terlibat (pendakwaraya dan pasukan peguambela).

Dalam kes Anwar, pendakwaraya perlu menunggu ulasan penghakiman bertulis sebelum membuat keputusan sama ada memfailkan petisyen rayuan.
Jika pihak pendakwaan merasakan bahawa selepas mendapat keputusan tersebut, ada asas-asas yang kukuh untuk mencabar atau melihat keputusan penghakiman boleh dirayu, maka mereka akan mengemukakan rayuan rasmi, jika tidak ia terhenti di situ saja.
Menurut ketua peguam Anwar yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, Peguam Negara mempunyai hak prerogatif untuk mengemukakan rayuan.

Ini prosedur biasa kerana Karpal juga pernah menasihatkan pelanggannya supaya tidak membuat rayuan selepas memperolehi alasan penghakiman secara bertulis.
Penjelasan Karpal dibuat selepas bertemu dengan setiausaha hakim yang membacakan keputusan bersejarah pada 9 Januari lalu, Zabidin Mohd Diah, mengenai perkembangan penghakiman bertulis sama ada sudah siap atau sebaliknya.
Zabidin yang bercuti selepas membacakan keputusan mahkamah bahawa Anwar tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat belum dapat ditemui untuk mendapatkan komen lanjut kerana mempunyai urusan mustahak sambil meminta apa-apa perkembangan mengenai nota penghakiman tersebut supaya merujuk kepada setiausahanya.

Ini bermakna, Saiful sekali lagi terperangkap dalam prosedur mahkamah kerana kununnya tindakan memfailkan rayuan di saat-saat akhir pada Jumaat lalu mampu mengheret kembali Anwar ke mahkamah secepat mungkin.
Satu lagi karma untuk Saiful berjaya dibayar secara "tunai" kerana fitnah yang tak pernah berkesudahan!  ~jalanpulang

sumber : http://addin77.blogspot.com/2012/01/saiful-bukhari-kecewa-gagal-heret-anwar.html

Wednesday, 25 January 2012

Najib Dan UMNO Masih Amalkan Khurafat: Tepung Tawar Van Skuad Sayang

Najib tepung tawar van Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan

KOTA BAHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.

Majlis ringkas berkenaan berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada jam 11.50 pagi ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Halimah Mahamad.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam.

Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd Fatmi di Jalan Hospital di sini.

Sementara itu, Halimah berkata, van Skuad Sayang itu akan digunakan 14 bahagian UMNO di negeri ini manakala sebuah lagi akan digunakan Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Beliau berkata, kemudahan itu akan dapat melancarkan lagi kegiatan Pergerakan Wanita UMNO Kelantan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negeri.
"Sebelum ini, Wanita UMNO menggunakan kenderaan sendiri termasuk untuk masuk ke kampung bagi mendekati rakyat dan membantu meringankan beban mereka," katanya.

Beliau berharap dengan adanya van berkenaan, ahli pergerakan itu akan lebih gigih lagi mendekati dan memberi bantuan kepada rakyat. - BERNAMA
 
sumber :  http://muslimeen-united.blogspot.com/2012/01/najib-dan-umno-masih-amalkan-khurafat.html

Wang zakat akan beli hotel MS Garden?

Harakahdaily, 25 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Majlis Agama Islam Pahang didakwa akan membeli Hotel MS Garden, Kuantan dengan menggunakan wang zakat bernilai RM 50 juta.

Demikian dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam Facebooknya hari ini.

"Saya difahamkan Majlis Agama Islam Pahang akan membeli Hotel MS Garden (gambar) dengan wang zakat bernilai RM50 juta.

"Mohon pihak berwajib siasat perkara ini dan pastikan ia tidak berlaku justeru masih ramai rakyat dlm negeri Pahang yang memerlukan zakat," tulis Nasrudin dalam facebooknya itu.

Sebelum ini, wang zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikatakan telah digunakan untuk membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharun.

Kos guaman itu adalah untuk bayaran pembelaan beliau atas saman yang dikemukakan datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas beliau ekoran isu qazaf Saiful Bukhari Azlan.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, Badan Tindak Khas Anti Penyelewengan Zakat DPPM yang dipengerusikan oleh Kamaruzaman Mohamad akan pantau dan kaji perkara ini agar wang zakat ummah dapat di selamatkan dari kerakusan sang penguasa.

"Jika benar satu tindakan tegas mesti diambil," kata beliau dalam facebook itu.
sumber :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7753--wang-zakat-akan-beli-hotel-ms-garden

Analisis penuh kekayaan rosmah VI (Sayang permata)

Isteri Perdana Menteri, rosmah mansor semua sudah tahu memang dari kecil rajin menabung, kerana itulah jangan pelik bila dia boleh berbelanja mewah tanpa mempedulikan penderitaan rakyat yang mengikat perut untuk terus hidup, dah tentu bila rosmah menabung dari kecil dia boleh shooping gila-gila, tak tahukah duit yang ditabung dari kecil itu terdiri dari duit-duit lama, mungkin sejak dari zaman penjajahan british lagi.

Sudah tentulah kalau dah berpuluh tahun simpan, duit siling itu kalau dulu nilainya 10sen bila dijual pada zaman sekarang akan jadi mahal sekali, tambahan pula yang simpan tu isteri perdana menteri, rosmah mansor, sudah tentu nilainya naik berlipat-lipatan kali ganda, mungkin 10sen duit siling itu boleh mencecah nilai RM10,000 seketul.

Hah, dari sumber itulah rosmah boleh ada banyak duit, kalau nak kata rosmah pakai duit rakyat, itu semua fitnah, bukankah rosmah tu perempuan suci, lagi perihatin. kah..kah..kah..

Dan lagi bayangkan lah dari kecil tau rosmah mula menabung, berapa banyak duit siling dia ada, kalau dia jual semua duit tu.. dah tentulah dia kaya raya. kah..kah..kah.. itu pun korang tak boleh fikir....

Betullah najib sebagai suami rosmah ada menyeru semua rakyat mengamalkan konsep wasatiah atau keserderhanaan, tapi apalah kuasa najib nak nasihati isterinya tu, lagi pun rosmah tu lebih kaya dari najib, rosmah nak beli apa, takkan najib nak campur pulak, lagipun nanti rosmah marah macam mana, seorang suami yang baik perlulah manjakan isteri, hah.. dah betul la tu cara najib tu. rakyat kene lah berjimat, lagipun rakyat tak kaya macam rosmah.

Kan di malaysia nei lain cikit, kalau kita nei pemimpin umnoapco atau isteri pemimpin umno taraf kene la up cikit, walaupun asal dari kampung.

Walaupun ada akhbar yang tulis rosmah membelanjakan RM325 ribu ketika bercuti di Australia, takpa la .. ala setakat RM325, 000 pun nak kecoh, bukannya RM3.2 juta pun. ratus ribu je pun, kalau nak nilai duit indonesia 325,000 tu kalau tukarkan ke duit malaysia baru RM114 je ... penulis tu salah bubuh tu, patut rupiah la, bukan ringgit, korang takyah risau sangat. "why so serious"
Lapor akhbar tu lagi, mendakwa rosmah menghabiskan A$20,000 (RM65,100) untuk menginap di penthouse Hotel Darling yang bertaraf lima bintang hanya untuk tempoh semalaman, ala, takla banyak kan dulu Azmin Ali dakwa rosmah dan suami  membelanjakan RM100,000 semalam untuk menginap di hotel  Atlantis di Dubai. kalau nak bandingkan tak la mahal sangat macam yang dekat dubai tu.
Kolumnis itu juga mendakwa pereka tersebut diterbangkan khas oleh Rosmah ke Malaysia bulan depan dengan membawa koleksi 61 pakaian sutera, termasuk seluar dan topi yang ditempah oleh isteri perdana menteri itu.“Semuanya dibuat dari sutera paling halus dan dalam pelbagai jenis warna-warna eksotik dan cetakan,” Kapp dipetik berkata kepada kolumnis berkenaan.

Ala, itu normal la kan kalau perempuan nak baju sutera mahal-mahal, kalau perempuan takpe la, cuma kalau najib pakai baju sutera tu baru la salah, sebab dalam islam lelaki tak bolehlah pakai baju sutera, haram hukumnya. kah..kah..kah..

Ni semalam keluar pulak di suarakeadilan pasal duit tabung PERMATA,  Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha yang juga Adun Taman Medan  meminta perbelanjaan bagi projek Permata, yang dikendalikan di bawah Rosmah turut disiasat.

Rosmah tak takut tau, Suami dia tu perdana menteri, kita jangan lupa tu, sebab kalau suami dia perdana menteri dah sah la suami dia paling power kat malaysia nei, lagi tak paham-paham la korang nei.
sumber : http://networkedblogs.com/t9HmD

PAS akan berkuasa jika kaum cina sokong DAP kata Soi Lek

BIASA kita dengar propaganda pemimpin-pemimpin Umno bahawa jika Melayu sokong PAS, maka DAP akan berkuasa dan memerintah negara ini.

Media-media propaganda seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin selalu menyebarkan dakyah kononnya PAS diperkudakan oleh DAP, PAS tunduk kepada DAP, PAS jadi alat DAP dan sebagainya.

Tujuan propaganda ini dicipta sangat mudah dibaca. Mereka memainkan sentimen perkauman dan agama agar orang-orang Melayu tidak akan mengundi Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PAS, KEADILAN dan DAP.

Bagi Presiden MCA, Chua Soi Lek, lain pula nadanya beliau terpaksa menarik sokongan kaum cina dengan propaganda yang begitu jelas bercanggah dengan propaganda Umno.

Chua Soi Lek yang juga merupakan pelakon video lucah terkenal itu mendakwa jika cina menyokong DAP, PAS pula akan berkuasa dan memerintah. Jelas sekali propaganda Barisan Nasional terkantoi di situ.



Ini semua muka-muka pemimpin lidah bercabang, buat propaganda yang bukan-bukan untuk menipu orang-orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng.

Mereka ingat rakyat Malaysia semuanya tak mampu gunakan otak untuk berfikir. Strategi politik terdesak untuk meraih sokongan ini akhirnya memakan diri.

Nik Aziz: Saya tiada masalah isytihar harta

NORHASRAM MOHAMAD
January 22, 2012
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan meminta berbuat demikian.
Mursyidul Am Pas itu berkata, isu pengisytiharan harta sudah lama dibangkitkan, namun ia tidak pernah menjadi kenyataan sebaliknya rasuah terus berlaku.

“Berapa puluh tahun dah saya dengan isu ini, tapi rasuah terus berlaku, kalau wajib isytihar, saya isytihar tapi yang utamanya ialah kita yang menumpang di bumi ALLAH SWT ini, mesti bertakwa kepadanya.
“Takwa adalah kunci untuk manusia bergerak mengikut kehendak ALLAH, kalau hakim atau polis tidak bertakwa contohnya, maka terlibatlah dengan rasuah.

“Tapi saya tak ada harta, isytihar apa yang ada sajalah, ada tanah sekeping dua peninggalan orang tua dulu,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penghulu Negeri Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (Agenda), Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak Nik Aziz dan keluarganya, supaya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.
Minggu lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Exconya dilaporkan mengisytiharkan harta bagi menunjukkan ketelusan dalam pentadbirannya.

Sementara itu, Presiden Ransparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low juga dilaporkan berkata, selain hakim, semua kakitangan awam sama ada kerajaan, pembangkang atau bebas perlu mengisytiharkan harta masing-masing.
Nik Aziz berkata, sekiranya pengisytiharan harta wajib berlandaskan undang-undang, beliau juga akan meminta semua Exco Kerajaan Negeri berbuat demikian.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/nik-aziz-saya-tiada-masalah-isytihar-harta-1.19594?fb_comment_id=fbc_10150535548672200_20599631_10150535646172200#f240ee44bb7e59

Zizan Tolak RM18,000 cuma pilih RM1,000 kerana dakwah

Alhamdullilah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, benarlah rencana ALLAH itu tiada siapa yang tahu, satu ketika dahulu Zizan pernah melakukan khilaf gara-gara lakonannya dalam filem hantu bonceng, dicerca dan dimaki, Zizan akui kesilapanya itu dan minta dimaafkan. hari Zizan kini semakin hampir pada Islam.

Ramai yang tidak tahu Zizan ditawarkan RM18,000 untuk menjadi pengacara Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada 31 december 2011, mungkin saja bagi artis lain yang tengah ghairah mengumpul wang ringgit peluang itu tidak akan dilepaskan sama sekali.

Seperti juga yang dilaporkan oleh blog Tinta hijau dikaki bukit, Zizan sebenarnya dihubungi sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus yang menawarkan Zizan untuk bersamanya pada program itu., tawaran itu diterima dengan senang hati oleh Zizan.

Pada program anjuran kerajaan negeri selangor tersebut Zizan menolak sebarang bayaran yang ingin diberikan, namunatas dasar menghormati Zizan yang dianggap salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000 sebagai tanda penghargaan dari penganjur.

Program tersebut berjaya menarik lebih kurang 80 ribu pengunjung, ia merupakan satu langkah baru dalam meraikan sesuatu sambutan, dan kebanyakan pengunjung adalah orang muda, ini menunjukkan orang muda sekarang mula mencari sesuatu yang lebih baik, mereka sudah mula menolak hiburan yang melalaikan semata-mata.

Kepada Zizan, tahniah, hanya Allah yang akan membalas apa yang anda lakukan, teruskan usaha anda, anda kini dipandang tinggi oleh ramai anak-anak muda.
sumber : http://networkedblogs.com/t76ea

Bekas Pemimpin Umno Dakwa Pemimpin Melayu Menipu Bangsanya Sendiri

Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara.

Bekas wakil rakyat Umno, Dato’ Mohd Ariff Sabri Aziz bahkan mengatakan, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Dan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.

Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet.

Bekas ADUN Pulau Manis, Pahang itu menegaskan punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri.

Katanya, Kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya.

Namun, katanya, 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya.

Oleh itu, beliau berkata walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

Pemimpin Elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu.

Dato’ Mohd Ariff Sabri Aziz bukanlah calang-calang orang dalam Umno.

Beliau adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketuanya.

Jawatan Ketua Penerangan ini bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian.

Dato’ Mohd Ariff Sabri ialah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan.

Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya, dan hubungan baiknya dengan Najib, adakah ia memberi kesan kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno.

Baru-baru ini juga, bekas Menteri Umno, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir mendakwa Umno gunakan wang pada kempen pilihan raya lalu untuk membeli undi.

Beliau berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalamannya sendiri memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,

“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi,” katanya.

Abdul Kadir masih memegang jawatan dalam Umno, berkata, beliau mahu mengingatkan rakyat tentang 'Amanah Merdeka' yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.

Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.

“Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia, Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah, Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan,” tambahnya.

Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.

“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar, selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan kerana kerajaan pembuli besar,”tegasnya.

Abdul Kadir manambah, semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.

Kedua-dua mereka yang menyuarakan kebenaran adalah mereka yang pernah memimpin jutaan ahli-ahli Umno.

Walaupun pendedahan seperti ini telah banyak dibuat oleh bekas-bekas pemimpin Umno, namun adakah orag-orang Melayu dikampung-kampung tahu?

Adakah oang-orang Melayu yang pernah mereka pimpin itu percaya? -apakhabarganu
sumber : http://muslimeen-united.blogspot.com/2012/01/bekas-pemimpin-umno-dakwa-pemimpin.html

Aziz Bari Akan Tanding Di Sabak Bernam?

Malam esok Anwar Ibrahim akan turun ke Sabak Bernam, Selangor dan akan bersama ceramah di mini stadium di sana. Katanya sempena ceramah itu juga Anwar akan mengumumkan bekas pensyrah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari bakal menjadi calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam.

Dengan pengumuman itu nanti akan tamatlah desas desus mengenai masa depan Aziz Bari yang sebelum ini tidak jelas beliau akan memilih parti mana sebagai wadah baru dalam politik.

Pengumuman itu nanti sudah tentu akan disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Sabak Bernam. Abdul Aziz adalah anak jati Sabak Bernam.

Sebeum ini Pemuda Pas menjemput Aziz Bari menyertai parti berkenaan dan tawaran itu disambut baik oleh para pemimpin Pas termasuk dua Naib Presiden. Kerusi Sungai Besar katanya ditawarkan untuk Aziz Bari.

Terdengar juga khabar kononnya Abdul Aziz Bari akan dibawa bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.

Tetapi dengan pengumuman bakal dibuat Anwar malam besok jelaslah Aziz Bari melilih PKR untuk meneruskan perjuangannya bukan Pas. Pengumuman itu juga menamatkan spekulasi pakar perlembagaan itu mengenai masa depannya.

Selamat berpolitik kepada Aziz Bari. [wm.kl.1:10 am 26/01/12]

sumber : http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/susupan-tengahmalam.html

Kes fitnah liwat : Penghakiman bertulis belum siap, kata Karpal

January 25, 2012
KUALA LUMPUR – Penghakiman bertulis berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan masih belum siap, kata peguam Karpal Singh.
Karpal berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh setiausaha hakim perbicaraan kes berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pertanyaan tentang penghakiman itu kepada setiausaha hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Kata peguam bela utama Anwar itu, seseorang hakim perbicaraan perlu memberi asas penghakiman bertulis dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh notis rayuan difailkan, seperti yang disebutkan dalam Surat Pekeliling Ketua Hakim Negara.
Pada 20 Jan, Pejabat Peguam Negara (PPN) memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat. Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.
Karpal berkata PPN mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan rayuan itu setelah meneliti asas yang terkandung dalam penghakiman bertulis yang disediakan hakim perbicaraan.
Katanya PPN juga boleh membuat keputusn untuk tidak meneruskan rayuan setelah membaca dan berpuas hati dengan penghakiman bertulis yang mengandungi barang kes, nota prosiding dan penghakiman bertulis.
“Kami pernah buat begitu (tidak merayu) dalam kes lain. Apabila saya mendapat petisyen rayuan, saya dapati asasnya tidak berbaloi untuk meneruskan rayuan,” kata beliau.
Karpal berkata mengikut Peraturan Mahkamah Rayuan 1994, PPN mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik saja menerima rekod rayuan dan sekiranya tempoh 10 hari itu berlalu begitu saja, maka ia (pestisyen rayuan) dikira sudah ditarik balik.
Pihak yang telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, perlu memfailkan petisyen rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan sekiranya mereka ingin meneruskan rayuan itu, setelah menerima rekod rayuan yang lengkap.
Pada 9 Jan, Hakim Mohamad Zabidin membebaskan dan melepaskan Anwar setelah mahkamah mendapati ia tidak 100 peratus pasti integriti sampel DNA tidak diusik dan mahkamah itu keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan keterangan Mohd Saiful yang tidak disokong oleh bukti.
Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara,Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.- Bernama
sumber : http://www.keadilanpulaupinang.com/2012/01/kes-fitnah-liwat-penghakiman-bertulis-belum-siap-kata-karpal/

Soalan Cepu Emas dan Fakta menarik

by Amk Selayang on Wednesday, December 7, 2011 at 11:39pm

Soalan2 utk kita jawab bersama:

1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
... C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

Dan soalan cepu emas siapakah bela lembu dalam kondo

A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat

Bawah baca sebagai rujukan untuk anda berhujah denga puak umno / Bn

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?
Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?
sumber : http://www.facebook.com/notes/amk-selayang/soalan-cepu-emas-dan-fakta-menarikdari-amk-selayang-untuk-rakyat-malaysia/253807211349134

Sha'ani tegur polis berhubung kenyataan 'bodoh'

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mohd Sha'ani Abdullah naik angin hari ini berhubung apa yang disifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan mereka mengenai gangguan di ceramah anti-BN, di Klang baru-baru ini.

Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (Suhakam) di ibunegara hari ini, Mohd Sha'ani berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan mereka.

NONESebaliknya, kata beliau, mereka perlu berusaha supaya dihormati dan tidak hanya menunjukkan bahawa mereka adalah 'bos'.

Mohd Sha'ani (kanan) bagaimanapun menjelaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau, walaupun beliau akan membentangkannya kepada Suhakam.

Beliau berkata, pihak polis adalah mewakili semua anggota masyarakat, dan bukan hanya majoriti.

Beliau membidas polis kerana didakwanya seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, untuk mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan.

Katanya, institusi unggul di Malaysia itu tidak memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia, sambil menyifatkan sebarang kompromi terhadap hak asasi manusia untuk "tujuan keselamatan sebagai satu penyalahgunaan kuasa".

NONEBeliau menegaskan bahawa polis sepatutnya menjaga keamanan dan mencegah kejadian yang tidak diingini, dan bukannya berkompromi dan mengurangkan hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam dan polis berhubung kejadian itu Sabtu lalu apabila kira-kira 20 remaja, yang mungkin termasuk ahli Umno dan BN, didakwa mengganggu ceramah yang diadakan oleh gerakan anti-BN - Asalkan Bukan Umno (ABU).

Pihak polis telah dilaporkan mengulas bahawa ceramah yang menurut mereka bermula semasa solat dan mengandungi ucapan yang menimbulkan kemarahan lebih 1,000 penduduk kampung, terpaksa dibatalkan ekoran bantahan penduduk.

Polis juga menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera.

Bagaimanapun, penganjur ABU yang datang untuk membuat laporan kepada Suhakam hari ini mempertikaikan satu persatu kenyataan tersebut.

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/187474

Umno umpan wang misi tawan Kelantan

Mohd Nor Yahya, 25 Jan 2012
KOTA BHARU, 25 Jan: Umno dianggap hanya bergantung kepada kekuatan wang ringgit bagi menjayakan misi menawan Kelantan. Sedangkan taktik itu bertentangan dengan perjuangan dibawa Nabi Muhammad saw.
(Gambar: Nik Aziz melepas rombongan Kelantan Ride)
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno sejak 20 tahun lalu beriya-iya sangat hendak tawan Kelantan dengan harapan mereka ada kekuatan wang ringgit.
“Boleh jadi kerana mereka ada duit banyak sehingga bercakap begitu, sedangkan semasa Nabi Muhammad saw dahulu, baginda seorang yang miskin dan tetap meneruskan perjuangan Islam menentang golongan kaya seperti Abu Jahal.
“Jadi tidak pelik dan hairanlah kalau kami (PAS) di Kelantan ini juga berusaha mempertahankan Kelantan,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan pelepasan rombongan Kelantan Ride di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Semalam ketika datang ke Kelantan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu menawan negeri tersebut pada pilihan raya umum ke-13.
Malah, sebelum ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah melahirkan keyakinan serupa, mampu merampas Kelantan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Mursyidul Am PAS berkata, walaupun Umno berusaha merampas Kelantan, namun PAS tetap mempertahankan negeri ini.
Bagaimanapun menurutnya kekayaan yang dimiliki seseorang tidak digunakan untuk Islam dianggap hanya sia-sia sahaja.
“Firaun kaya, Qarun kaya, Namrud pun kaya kalau nak banding dengan Nabi saw masa itu. Islam menyebut kita ada akhirat dan kemenangan sesuatu kaum itu bukan kerja manusia dan itu semua adalah kehendak Allah SWT,” ujarnya.
Kata beliau juga rakyat Kelantan akan bertanggungjawab di hadapan Allah Taala kelak sekiranya mereka tidak bersungguh-sungguh mempertahankan dasar Islam yang ada sekarang.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tidak nampak sebarang perkembangan luar biasa di sebalik keyakinan Umno mahu  merampas Kelantan.
“Keyakinan itu perkara lumrah dan bukan kali pertama disuarakan pemimpin Umno samada di peringkat pusat mahu pun negeri.
“Pada pilihanraya umum 2008, Umno Kelantan di bawah Tan Sri Annuar Musa juga menyuarakan keyakinan serupa, bahkan mengisytiharkan bakal Menteri Besar Kelantan,” katanya.

sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7755-umno-umpan-wang-misi-tawan-kelantan

Rosmah memang buat pembelian - Pereka fesyen

Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya, tetapi menafikan pernah berkata bahawa Rosmah telah membelanjakan A$100,000.

Menjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakini
untuk mendapatkan komennya, Kapp (kanan) berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian".

Kapp berkata, beliau tidak didedahkan jumlah yang dibelanjakan, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' dalam akhbar Sydney Morning Herald.
"Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai Paddington saya," kata Kapp dalam satu kenyataan jelas dibuat dengan berhati-hati.

"... Semasa lawatan mereka, anggota rombongan (Rosmah), termasuk rakan-rakan serta pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian secara berasingan. Saya percaya Datin Sri Rosmah adalah penaung Festival Fesyen Islam. "

Frockwriter melaporkan pada 17 Januari lalu, berdasarkan temubual dengan Kapp, bahawa "Rosmah telah menempah 61 helai sutera".

"Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula pada harga A$400 dan hingga ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntington.

Penulis kolum Andrew Hornery pula melaporkan bahawa isteri Perdana Menteri membuat "tempahan pakaian kira-kira A$100,000 di butik (Kapp) semasa bercuti di Sydney.

Menurut Kapp, artikel tersebut juga "tidak tepat" apabila mengatakan bahawa beliau "diterbangkan ke Malaysia bulan depan" semata-mata untuk faedah Rosmah.

Sebaliknya, kata beliau, lawatan ke pelbagai tempat di rantau Asia, termasuk Malaysia, bagi tujuan saluran pemasaran barangannya dan untuk mendapatkan bahan bagi produk masa depan, adalah perkara biasa dalam urusan kerjanya dan perniagaan. - M'kini

Monday, 23 January 2012

Rosmah Jadi Mangsa Fitnah dari Kisah Benar?

Abdul Aziz Mustafa,
23 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 23 Jan: "Dah agak dah," itulah jawapan spontan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar(kanan) apabila Datin Seri Rosmah Mansor (kiri)mendakwa beliau "menjadi mangsa".

Sabtu lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.
Ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA hari ini, Malaysiakini memetik isteri Perdana Menteri itu berkata: "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

"Saya selalu menjadi mangsa," dakwa Rosmah ketika ditanya tentang laporan SMH tentang tabiat berbelanjanya.
Bagaikan mengundang simpati, Rosmah yang mengiringi suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis sambutan itu berkata, beliau berkali-kali menghadapi tuduhan sedemikian.
Ketika terus ditanya adakah laporan mengenai perbelanjaan sehingga RM325,000 itu benar, Rosmah berkata: "Saya tidak ada masa untuk melayan semua ini".

Mengulas lanjut penafian Rosmah, Mahfuz mengulangi gesaan agar Najib dan Rosmah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut.
"Heret akhbar tersebut ke muka pengadilan di Australia dan kemukakan tuntutan hukuman dan ganti rugi paling maksimum ke atas SMH jika benar laporan itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," kata Ahli Parlimen Pokok Senan itu.

Mengulangi lagi ingatannya, Mahfuz berkata, jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku dalam keengganan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang mendakwa tentang kaitan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Kalau benar tidak bersalah, takut apa mengheret akhbar tersebut ke mahkamah di Australia?
"Tengku Razaleigh Hamzah pernah menyaman akhbar luar negara di negara akhbar itu sendiri dan oleh kerana beliau tidak bersalah, beliau menang kes tersebut dan mendapat ganti rugi yang lumayan pula," katanya.

Sambil bergurau, Mahfuz berkata, kalau Rosmah mendapat ganti rugi yang lumayan hasil tindakan undang-undang ke atas SMH itu, rakyat tidak marah kalau beliau berbelanja besar-besaran dengan wang ganti rugi itu.
"Kalau dapat ganti rugi RM24 juta, rakyat tidak marah kalau isteri Perdana Menteri itu mahu membeli cincin berlian semahal ganti rugi yang diperolehi itu.
"Kalau dapat ganti rugi lumayan dari SMH, rakyat juga tidak marah kalau Rosmah mahu memborong di semua butik terkemuka di seluruh dunia, beli beg tangan Birkin banyak-banyak, semuanya rakyat tak marah.

"Rakyat lebih suka lagi kalau Rosmah menderma, maklumlah sebelum ini beliau menderma sehingga RM1.5 juta kepada Tabung Gaza. Mana dia dapat duit, kita tak tau," kata Mahfuz.
Dalam seksyen 'Private Sydney' SMH, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai first lady of shopping (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.
Rosmah dan Najib juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7726-rosmah-dakwa-jadi-mangsa-sudah-dijangka

Sunday, 22 January 2012

Surat Terbuka Kepada Datin Seri Rosmah Mansor

Assalamualaikum Datin Seri…

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Usia saya 2012 ini hampir mencecah 20 tahun beberapa bulan lagi (Julai).

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati,

Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,

Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,

Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

IFF dan Islam

Datin Seri yang dihormati,

Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakanlangsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Kalimah Nabi terbalik

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASA

Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,

Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,

Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak! (edisi Weblog M@RHAEN)

Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!

Oleh: Muhammad Muizzuddin Bin Zaini

sumber : http://gazebodaily.net/2012/01/15/surat-terbuka-kepada-datin-seri-rosmah-mansor/?fb_ref=facebook&fb_source=profile_oneline

Tajuk berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...