Friday, 20 January 2012

Jangan Sekat Pekerja Islam dari Solat Jumaat

Baru-baru kita mendapat maklumat dan aduan dari orang ramai, terdapat sesetengah syarikat swasta yang melarang pekerja Islam dari mengejarkan solat jumaat. Sekiranya perkara ini berlaku terhadap pekerja Islam dalam syarikat tersebut, kita minta mereka yang mempunyai masalah yang sama, boleh melapor terus ke pejabat buruh atau kepada pihak yang berkuasa untuk diambil tindakan.

Kita juga nasihatkan kepada pekerja Islam dan bukan Islam sekiranya berlaku diskriminasi di tempat mereka bekerja, mereka boleh melapor perkara tersebut kepada pejabat solat-solatburuh di tempat masing-masing. Pihak PAS juga boleh memberi kerjasama kepada pengadu sekiranya diperlukan.

Kita tidak mahu ada pihak tertentu dalam syarikat yang lebih pentingkan urusan perniagaan dan mendapat keuntungan semata-mata, sehingga menyekat kebebasan beragama pekerja mereka dalam negara ini.

Melarang pekerja mereka dari mengamalkan ajaran agama masing-masing seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah satu kesalahan terkecuali mereka melanggar displin dan peraturan syarikat yang telah ditetapkan.

Tiada siapa pun boleh menyekat dengan sewenang-wenangnya kebebasan beragama seseorang pekerja dalam negara ini kerana kalau sesiapa atau syarikat yang cuba menyekat pekerjanya dari melakukan suruhan agama mereka, maka kita mendesak pihak yang berkuasa hendaklah bertindak segera menghentikan diskriminasi kaum pekerja di negara ini.

Kita mahu semua pihak dapat bekerjasama dengan semua kaum tanpa ada sebarang perasaan prejudice antara kaum dan agama. Pihak majikan perlu memberi sedikit kelonggaran terhadap pekerja Islam yang hendak mengerjakan solat Jumaat sebab solat Jumaat adalah wajib bagi umat Islam selagi mereka tidak ada keuzuran atau halangan.

Kita mendesak pihak kerajaan agar sentiasa memantau syarikat tempatan dan asing yang menggunakan tenaga kerja umat Islam supaya tidak berlaku kes diskriminasi di tempat kerja dimana mereka dilarang dari mengerjakan solat jumaat.

Sesiapa saja yang melanggar perlembagaan perlu di ambil tindakan sewajar agar tidak berlaku lagi unsur-unsur perkauman yang boleh mencetuskan huru hara dalam Negara ini. PAS akan sentiasa bersama membantu menangani masalah rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee

PAS Miri

sumber : http://pas-miri.blogspot.com/2012/01/pekerja-islam-dilarang-dari-solat.html

No comments:

Post a Comment

Tajuk berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...