Wednesday, 1 February 2012

Gaya pidato Najib juga hebat; kenapa takut berdebat?

Oleh Dr Muhammad  NurManuty
Ketua Penerangan

 KEADILAN menyatakan rasa amat kesal terhadap keengganan pihak Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (Perdana Menteri dan pemimpinhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgc6WC4qS6t4t4RHyJl-mYb6HctzyeGV4m-ozsf1FaGbJF1pAMKqzLwjOgzd6XbiDBanvRKFBFU9v4o1oubRNjlg4gGHi73mt5UVsocCvqb6qq0cwD1aK_sB7LA1s6Yd43mCNjvS2skX4Lz/ utama UMNO/BN)menyahut seruan Dato Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan pemimpin Pakatan Rakyat) untuk berdebat secara terbuka mengenai beberapa isu kritikal semasa – politik, ekonomi dan kebajikan rakyat - yang sedang hangat diperkatakan kini.

Alasan yang diberikan begitu memual dan menjengkelkan. Sikap ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya UMNO untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat.Jelas, UMNO belum berhenti dari muslihatnya terus memperbodoh dan menindas minda rakyat.

Dengan ini, kuasa memerintah negara terus kekal di tangan dan pelbagai penyelewengan mudah diteruskan tanpa sekatan.
Apa yang kita pasti, sikap ini adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan mereka dalam menghadapi realiti politik semasa dunia yang mengamalkan budaya telus dan terbuka. 
Sesungguhnya, KEADILAN ingin menegaskan pendirian bahawa debat antara pemimpin adalah tradisi mana-mana kepimpinan silam bagi semua tamadun. 
Di dalam Al Quran sendiri Allah SWT menjelaskan: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl: 125)

Hakikatnya, budaya debat adalah amalan lumrah para ilmuan dan kepimpinan silam.  Melaluinya, kebenaran akan lebih terserlah dan “insight” baru dapat dicernakakan demi kepentingan negara dan rakyat.

Lebih penting, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang akan diberikan amanah mengurus negara pada masa depan. Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat.

Kita pun merasa aneh mengapa pula pihak DS Najib tidak punyai keberanian menyahut cabaran ini. Sedangkan, beliau sendiri dikatakan selalu mempamirkan gaya pidato yang tidak kurang hebatnya semasa berucap di khalayak umum di mana-mana.

Beliau sebenar lebih beruntung kerana dikelilingi ratusan pegawai dan pembantu yang bersiap siaga denganbekalan idea dan maklumat jika diperlukan. 
Sesungguhnya, KEADILAN merasa kesal akan betapa hina dan rendahnya pandangan UMNO/BN terhadap rakyat Malaysia yang bersifat majmuk ini. 
Selepas memerintah negara selama 54 tahun, jika benarlah rakyat masih belum mampu menerima debat kepimpinan secara terbuka, bukankah ini merupakan bukti kegagalan UMNO/BN sendiri?

Pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberikan persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran. Ia mempamirkan bahawa ada rahsia yang mahu disorokkan. Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? UMNO/BN wajib menjelaskannya.

Ikan bilis

inilah masaalah nye dengan Malaysia. Yang miskin ditindas dan dipijak..


ISU KUIN: Kenapa Tidak Dilihat Yang Tersirat?

Posted on Monday, January 30 @ 03:17:00 PST  Oleh: cucu

"Berdegar-degar sana sini orang menempelak Menteri Besar Kedah atas penggantungan lima orang mahasiswa kerena berdemonstrasi. menyalahkan dan meletakkan kesalahan di atas pundak MB Kedah dengan alasan kononnya perjuangan Pakatan Rakyat mahu memansuhkan AUKU. relevan atau tidak, semua diperkudakan kepada MB Kedah yang perlu bertanggungjawab atas tindakan yang diambil oleh KUIN sedangkan KUIN punya pentadbirnya sendiri, kita sama-sama perhalusi.

Lama saya memerhati tindak tanduk ahli politik PR khasnya dan mahasiswa dalam isu ini. dibesarkan dengan demonstrasi, ugutan dan cercaan kepada MB Kedah dan mahasiswa yang digantung pengajian itu lepas bebas dan menang kerana ramai orang yang membela mereka. atas alasan dihukum atas AUKU. begitu mudah, buat kesalahan lepas itu bila dijatuh hukum pihak yang menjatuh hukuman tersebut salah sedangkan perbicaraan diadakan mesti ada sebab yang relevan kenapa hukuman di jatuhkan. buatlah apa saja kesalahan sebab yang bersalah nanti bukan mahasiswa tetapi pentadbir KUIN khasnya dalam hal ini.

Persoalan yang saya mahu ajukan ialah, kenapa dilhat selepas hukuman dijatuhkan. kenapa kita tidak melihat POKOK PANGKAL & AKAR kenapa mahasiswa-mahasiswa ini digantung? adakah digantung secara suka-suka ataupun ada melakukan kesalahan yang boleh mencemar reputasi dan maruah KUIN yang dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS. inilah yang tidak diperhalusi oleh semua ahli politik dan mahasiswa yang menjadikan MB kedah sebagai kambing hitam. isunya ialah demonstarasi yang diadakan itu atas isu apa? adakah benar yang didemonstrasikan itu ataupun ianya fitnah semata-mata.. pada saya, tindakan bukan disebabkan oleh demonstrasi itu tetapi atas isu yang mereka bawa dan suarakan itu.

bukankah lebih baik kita perhalusi isunya dengan lebih teliti. ini tidak yang diwar-warkan hukuman dijatuhkan atas kesalahan demonstrasi tetapi pokok pangkal 'KENAPA BERDEMONSTARASI' tidak disentuh. sentimen mahasiswa yang begini mengalahkan ahli politik menjadikan mahasiswa dilihat tidak matang. pandai lempar batu tetapi sembunyi tangan. kalau benar isu yang didemonstrasikan itu tunjukkan bukti. ulas yang itu. war-warkan pokok pangkal persoalan itu bukannya membicarakan AUKU semata-mata. amat tidak bijaklah kalau begitu.

seruan saya, kepada mahasiswa yang hebat berjuang memansuhkan AUKU saya juga salah seorang yang berjuang memansuhkan AUKU dengan berdemonstarasi dalam GMMI di masjid negara tetapi pemikiran kita berbeza bila mendepani isu. menjadikan MB kedah sebagai kambing hitam atas kegagalan kita menjelas 'ISU' yang sepatutnya diperjelaskan adalah suatu ketidak cerdikan. AUKU memang perlu dimansuhkan tetapi janganlah menjadikan MB kedah sebagai kambing hitam kerana saya berpandangan isu ini sudah jauh dari apa sebenarnya. sekali lagi saya ulang, terangkan kepada masyarakat bahawa isu yang didemonstarasikan itu benar dan berlaku. kalau ini dilakukan adalah lebih afdal daripada menjadikan orang lain sebagai kambing hitam.

terima kasih. "

sumber : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=12111
Jom Ubah

Membedah grand design Mahathir

Tidak ramai antara kita yang masih ingat bahawa Barisan Nasional telah berjaya menyelamatkan diri dan kembali menguasai medan pilihan raya umum dari tahun 1991 hingga 2005 hasil daripada kompromi Mahathir Mohamad dalam bentuk Wawasan 2020.

Penggunaan aparat negara serta tindakan tidak demokratik seperti kuasa menahan tanpa bicara ahli-ahli politik pembangkang, penguasaan media massa secara langsung dan tidak langsung, dan sistem pilihan raya yang pincang, telah membolehkan BN kekal berkuasa, mejadi parti yang dipilih paling lama berkuasa di dunia hari ini.

Formula Perikatan dan bermulanya hegemoni "Melayu dahulu"

Formula Perikatan - pewaris kepada BN - adalah untuk memenangi separuh daripada semua undi di kalangan pelbagai kaum.  Sebagai satu-satunya gabungan pelbagai kaum di semua peringkat, strategi itu membuahkan hasil kepada Perikatan dalam pilihan raya umum tahun 1959 dan 1964.

Tetapi amalan Perikatan sebagai "kerajaan kecil yang tidak banyak berbuat apa-apa" menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan perbezaan ketara sosioekonomi rakyat.  Ia menyebabkan pertambahan sokongan kepada pembangkang daripada pelbagai kaum, termasuk orang Melayu, dalam PRU 1969.

Anggapan yang mengatakan hanya pengundi Cina menyokong pembangkang pada tahun 1969 adalah tidak benar kerana orang Melayu juga berbuat demikian.  Mahathir kalah di kerusi Kota Setar Selatan serta ramai lagi pemimpin besar UMNO tewas dalam PRU itu yang membuktikan ada peralihan undi Melayu menentang Perikatan.

Pasca-1969, formula Razak bercita-cita mencapai sokongan 70% undi Melayu kepada BN.  Undi bukan Melayu tidak dianggap penting dalam formulasi tersebut.  Semua dasar di bawah sususan rancangan baru berkenaan, yang dilambangkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB), digerakkan ke arah mencapai matlamat tersebut.

Strategi "Melayu dahulu" membawa kejayaan kepada UMNO sehingga PRU 1990 apabila undi Melayu pecah selepas penubuhan Semangat 46 yang diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas pemimpin kanan UMNO yang lain.

Barisan pembangkang yang dipimpin oleh Semangat 46 hampir menang dalam PRU 1990 tetapi BN berjaya menyelamatkan diri dengan manipulasi tiga hari terakhir sebelum membuang undi apabila gambar Tengku Razaleigh yang memakai sigah Kadazan berlambang palang disebarkan oleh media massa sebagai kononnya perlambangan agama Kristian.  Ia cuba memberi gambaran kepada orang Melayu bahawa pembangkang mahu menjual hak kaum dan maruah kepada kuasa asing.

Namun undi Melayu kepada BN tidak pernah kembali lagi ke tahap tinggi pada zaman DEB (1970-1990).  Malah, undi Melayu sentiasa berkurangan dalam setiap PRU sejak tahun 1990, kecuali pada tahun 2004, iaitu PRU pertama pasca-Mahathir. (Pada PRU 2004, Perdana Menteri Abdullah Badawi menang kerana janji-janji reformasi kerajaan.)

BN menang PRU 1995 dengan undi popular 65% walaupun berlaku penurunan undi Melayu dan terus mengekalkan kemenangan dalam PRU 1999, walaupun lebih separuh pengundi Melayu menolak BN, satu reaksi terhadap pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim.

Bagaimana Mahathir dan Barisan Nasional terus berjaya menyelamatkan diri sejak PRU 1990?

Wawasan 2020 dan "Bangsa Malaysia"
Dalam masa empat bulan sahaja selepas PRU 1990, Mahathir (gambar bawah) mengumumkan Wawasan 2020 dan konsep "Bangsa Malaysia" pada Februari 1991 dan menetapkan hala tuju BN untuk 14 tahun seterusnya sehingga Julai 2005.

Strateginya adalah untuk menampung hakisan pengundi Melayu kepada UMNO dengan membawa sokongan kelas menengah Cina.  Ia dilaksanakan dengan mengetepikan seketika isu hak Melayu untuk meredakan tekanan perkauman.  Kaum Cina menolak UMNO sepanjang 1970-1990 kerana tidak diberi peluang ekonomi dan hak budaya.

Pada awal tahun 1990-an, ekonomi mula berkembang dan taraf hidup meningkat. Kekangan terhadap keinginan budaya dan sosioekonomi kaum Cina tidak lagi disekat, sebaliknya digalakkan walaupun ada harga yang perlu dibayar.

Sebagai contoh, peluang pendidikan tinggi kepada kaum Cina berpendapatan rendah dan sederhana amat berkurangan pada 1970-an dan 1980-an.  Tetapi pada 1990-an, asalkan seseorang itu sanggup dan mampu membayar untuk pendidikan swasta, beratus-ratus kolej mengejar pelajar.

Satu lagi contoh adalah siaran televisyen dalam bahasa Cina.  Pada 1970-an dan 1980-an, tidak lebih dari dua jam sehari diperuntukkan untuk rancangan bahasa Cina di kaca TV.  Pada 1990-an, jika anda mampu melanggan perkhidmatan TV satelit, pelbagai program bahasa Cina disediakan untuk kelas menengah Cina yang selama ini bising dengan tuntutan hak.

Jika anda bukan dari kalangan kelas menengah yang sedang berkembang, atau tidak mampu membiayai pendidikan swasta anak-anak, atau melanggan TV satelit, jangan salahkan kerajaan.  Ia adalah masalah anda - sama ada anda tidak bernasib baik atau anda tidak gigih bekerja.  Itu andaian BN.  Lagipun, pakar-pakar strategi BN sedar bahawa segmen pengundi miskin Melayu dan Cina akan tetap mengundi masing-masing PAS dan DAP.

Musuh bayangan dan pemerintahan singkat Abdullah Badawi

Sepanjang 1970-an dan 1980-an, setiap bulan ada sahaja isu perkauman yang dimainkan oleh media massa.  Tetapi pada tahun 1990-an, apabila Mahathir memerlukan "musuh" untuk dihentam bagi memastikan popularitinya kekal di kalangan orang Melayu, beliau sentiasa ada pilihan di antara "penjajah" British, "penindas" Amerika, "komplot" Yahudi atau Australia yang "sombong" dan "tidak beradab".

Dan, jika Mahathir memerlukan "musuh" yang kelihatannya seperti orang Cina, maka Cina "tumpang" di selatan Tambak Johor sentiasa ada untuk dimangsakannya.  Imej demonstrasi Pemuda UMNO membantah Singapura di Johor Bahru dengan jelas mencerminkan keadaan politik pada masa itu - UMNO tidak perlu mengubah kaedahnya, cukup dengan melihat sahaja "musuh" di luar.

Pada 2004, Abdullah Badawi mewarisi rangka kerja Mahathir dengan mesej yang bersifat lebih "Malaysia" atau wasatiyyah (sederhana).  Dalam perutusan Hari Kebangsaannya pada Ogos 2004, Abdullah berkata, "Kita semua adalah sama, kita semua rakyat Malaysia.  Tidak ada individu di negara ini yang diiktiraf 'lebih Malaysia' dari individu lain."

Tetapi sesuatu telah berlaku pada tahun 2005.  Rancangan besar BN berakhir secara mengejut pada minggu terakhir Julai 2005.  Ini akan saya bincangkan minggu depan.

*Liew Chin Tong (gambar kanan) ialah ahli parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP, dipetik dari Roketkini.
Enhanced by Zemanta

Mengejutkan!! 50% Ahli DAP Adalah Melayu

Naib Presiden DAP, Senator Tengku Abdul Aziz menyangkal dakwaan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang mendakwa kononnya DAP adalah parti untuk masyarakat kaum Cina sahaja dan bukan untuk orang Melayu di negara ini. Katanya sejak DAP menubuhkan barisan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR tahap bilangan orang Melayu di seluruh negara semakin ramai dan hampir 50 peratus menjadi ahli DAP.

“Ini adalah atas kesedaran orang-orang Melayu sendiri terhadap perjuangan DAP yang mementingkan ke arah membela nasib rakyat yang berbilang kaum dan anutan kepercayaan agama yang berbeza-beza,” ujarnya.

Tengku Aziz berkata lagi dalam menerajui kepimpinan DAP ramai di kalangan anak-anak muda khususnya generasi muda yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai jurusan menjadi ahi dalam parti DAP, sama ada kaum Cina, India dan juga Melayu.


DAP tidak macam UMNO. Golongan muda para cerdik pandai yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda langsung tiada peluang menjadi Ahli Majlis Tertinggi dan kebanyakannya yang tua-tua bangka sahaja,” katanya.

Tengku Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap di hadapan 1,000 orang para penyokong DAP pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan.

Katanya lagi, para pemimpin dalam memperjuangkan rakyat tidak telus, tidak ikhlas dan kebanyakan wakil rakyat mereka baru satu penggal jadi ADUN yang bergelar 'YB' sudah kaya raya; rumah mewah, kereta mewah sehingga empat-lima buah di depan rumah selain itu isteri hingga 2 atau 3 orang.

"Di Sandakan, kita tahu 90 % masyarakat Cina telah menyokong DAP dan menolak kepimpinan BN sebab wakil rakyatnya tidak jujur dan hanya mementingkan keuntungan, bukan untuk kepentingan rakyat," tegasnya.

Sementara dalam ucapan Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong menyeru agar masyarakat Cina di daerah ini bersatu untuk menumbangkan calon-calon BN yang bertanding di kawasan Elopura, Karamunting, Tanjung Papat bagi kouta Cina.

“Orang Cina harus sedar dan buka mata jangan kerana beras 10 kilo, gula dua kilo kamu telah berubah fikiran dan menyokong BN. Sampai ke mana beras lima kilo itu?" tanya Steven Wong. ~sabahkini

Dendam Politik: Pusat Nafi Pembinaan PAIP RM15 Billion

PETRONAS mengumumkan pendaratan dan pembinaan loji pemprosesan gas di Kerteh, Terengganu dengan nilai RM15 Billion meliputi pemasangan paip di lautan sepanjang 200km dan dijangka siap 2013.

Kelantan tak layak dan hanya PETRONAS layak?

Jawapan: PDA 1974 dan perjanjian 1975 adalah antara PETRONAS dan KELANTAN, jika kedua2 tidak berpuas hati dengan tindakan mana2 pihak (Kelantan dan Petronas) boleh FIGHT di Mahkamah mengikut Akta PDA 1974 .

Bidang kuasa mahkamah

7C. Walau apapun apa-apa jua peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, sesuatu Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan apabila disabitkan untuk mengenakan penalti penuh baginya.

Pengiraan Hasil

PENGIRAANnya: 60,000 tong/hari x USD80 x RM3.02=RM14.5555 juta sehari!

RM5.24 Billion? : 21.6 Juta tong x USD80 x RM3.032** (sewaktu Petronas istihar) = RM5.24 Billion

Dengan Pendatan Kasar RM14.5555 juta sehari, RM5.24 Billion setahun, ROI PETRONAS paling kurang akan dapat balik pada tahun ke berapa?

Jiika diambil kira untung bersih 40% dari untung kasar setiap tahun (RM2.096 Billion) maka ROI projek ini selepas tahun ke 7 operasi.

Dengan kenyataan Media Menteri Besar Terengganu(2008) spt dimaklumkan oleh PETRONAS, Minyak Terengganu akan HABIS dalam jangkamasa 15-20 tahun lagi.

Maka AMAT WAJAR PETRONAS memindahkan OPERASI BARU Petronas ke Kawasan Operasi BARU (Sebut dgn jelas BARU, dgn membina perlabuhan pendaratan dan pembinaan loji penapisan gas + pemasangan paip di lautan ke NEGERI KELANTAN.

Dengan kenyataan Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan KELANTAN mempunyai TELAGA MInyak dan GAS terbesar di Asia Tenggara. Fakta ada kajian daripada sykt luar negara.

FAKTA ANGKA:

Jarak TELAGA ke Kerteh - 310km
Jarak TELAGA ke KB - 150km

## walaupun DEKAT tetap dinafikan!

JUMLAH RM

- 60,000 tong sehari pengeluaran di kedua2 telaga.

- USD80 setong harga minyak mentah minimum mengikut pasaran dunia.

- 21.6 juta tong setahun pengeluaran dari kedua-dua medan dan boleh mencapai RM5.24 billion setahun.

- RM262 JUTA setahun yang patut Kelantan terima jika royalti 5% diberikan kepada Kelantan.

Sama-sama kita fikirkan, atas dasar RASIONAL apakah Kerajaan Malaysia menafikan Hak Pendaratan Gas dan Minyak ke Kelantan?

ANAK2 KELANTAN perlu BANGKIT, TUNTUT HAK KITA

Ust Azhar Idrus- Haid / Hadas Besar ; Baca Ayat Quran

[Asma' Ul-Husna] Niat zikir ; Kebiasaan bacaan sebagai doa



Tajuk berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...