Wednesday, 1 February 2012

ISU KUIN: Kenapa Tidak Dilihat Yang Tersirat?

Posted on Monday, January 30 @ 03:17:00 PST  Oleh: cucu

"Berdegar-degar sana sini orang menempelak Menteri Besar Kedah atas penggantungan lima orang mahasiswa kerena berdemonstrasi. menyalahkan dan meletakkan kesalahan di atas pundak MB Kedah dengan alasan kononnya perjuangan Pakatan Rakyat mahu memansuhkan AUKU. relevan atau tidak, semua diperkudakan kepada MB Kedah yang perlu bertanggungjawab atas tindakan yang diambil oleh KUIN sedangkan KUIN punya pentadbirnya sendiri, kita sama-sama perhalusi.

Lama saya memerhati tindak tanduk ahli politik PR khasnya dan mahasiswa dalam isu ini. dibesarkan dengan demonstrasi, ugutan dan cercaan kepada MB Kedah dan mahasiswa yang digantung pengajian itu lepas bebas dan menang kerana ramai orang yang membela mereka. atas alasan dihukum atas AUKU. begitu mudah, buat kesalahan lepas itu bila dijatuh hukum pihak yang menjatuh hukuman tersebut salah sedangkan perbicaraan diadakan mesti ada sebab yang relevan kenapa hukuman di jatuhkan. buatlah apa saja kesalahan sebab yang bersalah nanti bukan mahasiswa tetapi pentadbir KUIN khasnya dalam hal ini.

Persoalan yang saya mahu ajukan ialah, kenapa dilhat selepas hukuman dijatuhkan. kenapa kita tidak melihat POKOK PANGKAL & AKAR kenapa mahasiswa-mahasiswa ini digantung? adakah digantung secara suka-suka ataupun ada melakukan kesalahan yang boleh mencemar reputasi dan maruah KUIN yang dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS. inilah yang tidak diperhalusi oleh semua ahli politik dan mahasiswa yang menjadikan MB kedah sebagai kambing hitam. isunya ialah demonstarasi yang diadakan itu atas isu apa? adakah benar yang didemonstrasikan itu ataupun ianya fitnah semata-mata.. pada saya, tindakan bukan disebabkan oleh demonstrasi itu tetapi atas isu yang mereka bawa dan suarakan itu.

bukankah lebih baik kita perhalusi isunya dengan lebih teliti. ini tidak yang diwar-warkan hukuman dijatuhkan atas kesalahan demonstrasi tetapi pokok pangkal 'KENAPA BERDEMONSTARASI' tidak disentuh. sentimen mahasiswa yang begini mengalahkan ahli politik menjadikan mahasiswa dilihat tidak matang. pandai lempar batu tetapi sembunyi tangan. kalau benar isu yang didemonstrasikan itu tunjukkan bukti. ulas yang itu. war-warkan pokok pangkal persoalan itu bukannya membicarakan AUKU semata-mata. amat tidak bijaklah kalau begitu.

seruan saya, kepada mahasiswa yang hebat berjuang memansuhkan AUKU saya juga salah seorang yang berjuang memansuhkan AUKU dengan berdemonstarasi dalam GMMI di masjid negara tetapi pemikiran kita berbeza bila mendepani isu. menjadikan MB kedah sebagai kambing hitam atas kegagalan kita menjelas 'ISU' yang sepatutnya diperjelaskan adalah suatu ketidak cerdikan. AUKU memang perlu dimansuhkan tetapi janganlah menjadikan MB kedah sebagai kambing hitam kerana saya berpandangan isu ini sudah jauh dari apa sebenarnya. sekali lagi saya ulang, terangkan kepada masyarakat bahawa isu yang didemonstarasikan itu benar dan berlaku. kalau ini dilakukan adalah lebih afdal daripada menjadikan orang lain sebagai kambing hitam.

terima kasih. "

sumber : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=12111
Jom Ubah

No comments:

Post a Comment

Tajuk berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...