Wednesday, 1 February 2012

Kita tak boleh berlumba nak jadi ketua

Memang dalam perjuangan ini kena bagi kepada pelapis-pelapis, kita dalam PAS memang begitu. Kita tak boleh berlumba nak jadi ketua, kita kena berlumba untuk berkhidmat.Tapi terpulang kepada ahli-ahli parti jemaah kita. Kalau tak ada orang, kita wajib ke hadapan, begitu kaedahnya. Inilah adab dalam parti kita, sebab itu kita berbeza dengan Umno.
January 25 at 7:38pm Iman ialah mengakui di dalam hati. Ia adalah keyakinan hati pada agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Iman juga disertai pengakuan lidah dan amalan. Maksud mengakui didalam hati ialah menerima dan redha dengan semua yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Menerima tanpa perasaan ragu serta tidak membahagi-bahagikan kepercyaannya.
 January 24 at 8:16pm Islam yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad tidak boleh disamakan dengan pengertian perkataan agama menurut fahaman manusia pada umumnya. Ia adalah ajaran yang menyatakan berkaitan hubungan antara manusia dengan kuasa ghaib. Ketidaksamaan pengertian ini adalah kerana Islam sebagai agama yang merangkumi seluruh lapangan kehidupan manusia. Ia termasuklah akidah, amalan, dan hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, individu dan kumpulan,agama dan politik serta segala urusan kehidupan dunia dan akhirat. Malahan lebih luas dari pengertian Agama itu sendiri.
January 24 at 10:06am Allah mnjadikan manusia dan bumi, sebagai tempat kediaman, Allah juga pencipta segala bahan-bahan alam yang mempunyai hubungan dengan manusia. Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja. Antara keadilan Allah yang maha tinggi pada manusia adalah memikul amanah didunia.Mereka bertanggungjawab diatas apa yang dilakukan sebagaimana ajaran yang mengatur seluruh kejadian mereka yang meliputi rohani,jasmani, individu, masyarakat, moral dan material.
 January 22 at 7:49am PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur. PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.
January 19 at 11:45am Kita adalah kuda-kuda perjuangan dan kita tidak sekali- kali boleh diperbodohkanoleh sesiapa, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Tajuk berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...